Tuesday, 26 January 2016

Testimonial Eziclean Laundry Sabun Pencuci Terbaik

Assalamualaikum wbt

Entry kali ni pasti paling digemari oleh mak2, yang berkerja ke surirumah ke mesti nakkan cara paling mudah, jimat masa, jimat tenaga masa mengerjakan kain baju especially baju2 sekolah warna putih anak2. Mesti nak make sure baju sentiasa nampak BERSIH, PUTIH, BERSERI2 setanding warna gigi.. hehehe.. 

Ok today nak story pasal satu sabun keluaran Sahajidah Hai-O Marketing yang saya sendiri dah pakai selama 3 tahun lebih. Saya guna sebab suami saya kerja di Pejabat Kesihatan, uniformnya putih.. So saya macam jaga anak sekolah jugak lah nak pastikan bersih sokmo. Dalam tempoh 3 tahun ni sekali sekala je saya memberus, tu pun kalau ade kekotoran makanan ke, minyak ke.. gitteew la. Biasanya saya rendam semalaman, esok saya cuci dengan mesin basuh je tak payah sental2.. Cerita banyak ni, ni lah rupa sabunnya.

sabun pencuci pakaian eziclean 7

Kenapa power sangat sabun ni?? Meh kita story.. Serbuk pencuci pekat Eziclean dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik dan mesra alam dengan PH 6.5. Ia mengandungi pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. Produk ini mempunyai natrium tripolifosfat, 3 jenis enzim, pencerah optik, kurang berbuih dan pekat formulanya

Apakah keistimewaan serbuk pencuci pekat Eziclean?
Ia dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula.

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda atau buih?
Serbuk pencuci pekat Eziclean tidak mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda. Di samping itu, ia kurang berbuih.

Apakah bau serbuk pencuci pekat Eziclean?
Bau haruman bunga-bungaan.

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik?
Ya, serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik untuk memastikan pakaian supaya kekal kelihatan cerah dan baru.

Keajaiban Rumusan Eziclean
Rumusan Dwienzim: Amat berkesan untuk menyingkirkan kotoran yang mengandungi protein dan kanji seperti telur, kuah, darah, coklat dan sebagainya.

Formula anti-bakteria: Mencegah bau busuk dan menyahkuman serta menjadikan kain dan pakaian berbau segar dan bersih.

Formula anti-karat: Melindungi mesin pembasuh dan pakaian.

Rumusan kurang buih: Memudahkan pembasuhan dan menjimatkan masa dan air.

Rumusan tanpa klorin: Sesuai untuk fabrik tiruan dan bahan celupan berwarna (tidak disyorkan untuk kain sutera).

Testimoni Pengguna

sabun pencuci pakaian eziclean 1

sabun pencuci pakaian eziclean 2

sabun pencuci pakaian eziclean 3

sabun pencuci pakaian eziclean 5

sabun pencuci pakaian eziclean 6

sabun pencuci pakaian eziclean

Harga pek 1 kg RM23 (SM) & RM28 (SS)
Harga tidak termasuk kos post Malaysia

Ok uolls, ibu2 sekalian.. lepas ni boleh hentikan penderitaan menyental di bilik air berjam2. Just contact saya 0102311031.. Semoga apa yang saya kongsikan memberi manfaat dan dapat membantu ramai mommies kat luar sana.. ok babai...

Monday, 21 December 2015

Melantak Steak Hub Melaka

Assalamualaikum..

Hai semua.. Feberet sangat2 kalau nak cerita bab2 makan ni kan. Sama lah dengan iolls memang penggemar makanan. Belum sempat habis nasi dalam pinggan dah ligat fikir esok nak masak apa pulak.. ekekeke.. So harini nak sangat share 1 tempat makan ni yang rasanya dah popular dah kat Melaka ni sebab 1 masa dulu pernah Viral 1 kes pasal makan steak sampai RM10k.. APE HAL?? hahaha.. Tapi tak nak lah cerita yang tu kan, rasa semua tahu dah.

Ni nak cerita anak didiknya ni buka 1 cawangan di Melaka pulak, selepas ke-popular-an Me'nate Steak Hub maka terbinalah MELANTAK STEAK HOUSE

melantak steak hub 1

melantak steak hub 2

Sebelum saya tulis lagi panjang2 nak bagitahu juga ye, ada gambar2 dalam ni yang saya cedok2 dari blogger lain sebab saya ni pemalu orangnya nak snap2 gambar dalam kedai.. hehehe.. Terima kasih saya ucapkan..

Sebenarnya jangan lah rasa takut sangat nak cuba makan kat sini sebab kita boleh pilih apa yang kita nak makan berdasarkan harga yang dah diberi. So takdelah lepas makan buat2 terperanjat kena bayar mahal2 ribu riban kann...

melantak steak hub 3
Yang ni kambing mmbeekk.. mmbeekk..
melantak steak hub 4
Yang ni beef pelbagai jenis & portion
Nampak tak setiap plastik tu dah disiapkan harga untuk 1 set tau termasuk mash potato & coleslaw sekali. So ikut kita lah nak pilih yang mana 1. Ikut pengalaman saya dah 2 kali datang sini, mula2 saya cuba striploin jenis grass feed. Agak liat sikit, tapi flavour is there.. jenis ni murah sikit around RM30 1 set.

Then kali kedua saya cuba rib eye jenis black angus. Yang ni sangatlah lembut sampai tekenang2 berminggu, rasa pun kurang beefy tak muak. Harga around RM90 1 set. Dia punya mash potato & coleslaw memang cenggini TEERRRBAIIKKK..

Iolls ni tak makan kambing, tapi kat sini ada jugak seafood macam salmon grill, sotong putih panjang sekaki pun hado tau. Hidangan untuk kanak2 pun ada macam burger, meatball pun boleh tahan sedap. So boleh cuba mana2 berkenan di hati.

melantak steak hub
Kali pertama cuba striploin jenis grass feed
melantak steak hub 5
Kali kedua cuba rib eye jenis black angus

Tempat makannya pun selesa jugak, air boleh refill, tapi biasalah manusianya ramai kadang2 kena bersabar sikit.

melantak steak hub 6

melantak steak hub 8

melantak steak hub 9

Sekian dulu corat coret iolls hari ni. Next time saya share tempat makan lain pulaks ye. Jangan lupa try datang makan kat sini, bawak family & anak2 seronok rehat2, makan2 sama2 menternak lemak.. hahaha. kbai...


Wednesday, 16 December 2015

Langkah Pertama Teknik Pemasaran Online Di FACEBOOK

Assalamualikum uolls..

Teknik pemasaran online (Online Marketing) sangat2 popular dan jadi tumpuan semua entreprenuer baik produk ataupun perkhidmatan. Tapi ramai jugak yang kurang tahu fundamental pemasaran online yang berkesan.

Sepanjang 3 tahun saya menjalankan perniagaan, since hari pertama saya sign up borang, medium pertama yang saya guna untuk pasarkan produk adalah FACEBOOK

Berkat tunjuk ajar mentor yang memang pakar dengan social media marketing, now masih bertahan Alhamdulillah.. So sikit sebanyak saya nak kongsi ilmu fundamental yang saya belajar dan masih saya praktikkan sampai ke hari ini. Nama pun fundamental kan, sedikit sebanyak boleh membantu usahawan2 tanpa mentor  yang baru berjinak2 dengan medium online. 

facebook online marketing


1. DISPLAY

>> Nama anda yang mudah dikenali umum mestilah jelas. To make people trust you. Contoh saya menggunakan nama sebenar Chempaka Mohd Din kerana nama kita adalah "personal branding". Customer mengenali anda kerana Product/Service yang anda tawarkan.

>> Profile picture adalah close up gambar anda sendiri, tidak menggunakan gambar produk atau selain gambar anda seperti contoh gambar bunga, kucing, gambar anak dan sebgainya adalah kurang effektif.

>> Cover photo adalah gambaran diri anda, gambaran matlamat & impian anda. Jangan guna gambar produk di cover photo kerana tanggapan pertama rakan2 facebook baru berkenaan anda adalah semata2 ingin menjual barang. Berikan sesuatu gambar yang membuatkan orang teruja & curious nak tahu tentang diri anda, menambah possibilities untuk anda dapat lebih ramai friendlist.

>> Info details diri anda jelas melambangkan diri anda, lokasi anda & pekerjaan anda. Kebanyakkan orang berkerjaya jugak menjalankan perniagaan online secara part time. Ini membolehkan customer lebih kenal & percaya untuk berurusan dengan anda.

chempaka mohd din facebook

2. STATUS / POST

>> Konsisten update sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Disebabkan pengguna facebook yang berjuta2 orang dalam Malaysia, kegagalan untuk konsisten update menyebabkan post/status kita jatuh menjunam ke bawah ditenggelami newsfeed.

>> Status2 yang positif dengan kata2 yang baik. Elakkan marah2 atau beremosi di wall anda. Anda mesti tak mahu menggambarkan personal branding yang menjejaskan characteristics anda sendiri bukan? Emosi di wall facebook boleh mempengaruhi pelanggan yang mungkin akan teragak2 untuk mendapatkan khidmat anda pada waktu itu kerana dikhuatiri akan mendapat layanan buruk juga.

>> Pelbagaikan status anda bukan 100% produk kerana boleh membuatkan friend facebook anda merasa bosan bila wall anda tiada keistimewaan untuk di "follow". Cuba pelbagaikan dengan perkongsian yang informative. Contoh: Aktiviti seharian anda, tempat makan menarik, berita2 sensasi, kongsi video berguna, fashion, kongsi interest, impian dan matlamat anda juga boleh meletakkan anda sebagai seorang usahawan berkarakter tinggi.

>> Lebihkan gambar berbanding ayat. Zaman sekarang serba serbi tak sempat, dan customer kurang berminat untuk baca ayat2 di status anda yang panjang lebar. Sekeping gambar/poster menarik boleh mematahkan seribu kata2.

>> Gunakan FULL WORDS ketika menulis status. Elakkan menggunakan shortform seperti: xboleh, mcm, spt, tgu, tgk etc. Juga elakkan ejaan yang kurang difahami seperti: niey, kitew, jew, tue, boley etc. Penulisan seperti ini menunjukkan anda "MALAS" dan kurang bersungguh2.

>> Sertakan No Handphone anda setiap kali membuat post berkaitan produk/servis. Kadang2 customer malas untuk scroll dan mencari2 di mana anda tuliskan no telefon untuk dihubungi.

3. Album Produk

>> Wajib untuk ada album product yang khusus.
Contoh album : Premium Beautiful Corset
Contoh album : Testimoni Premium Beautiful Corset
Contoh album : Majlis Pelancaran PB Elegance

>> Upload gambar sedikit-sedikit dalam tempoh yang panjang. Sebagai contoh anda boleh masukkan 5 keping gambar dahulu dalam album anda hari ini, esok anda boleh masukkan 5 lagi gambar kerana berkemungkinan customer yang tidak nampak post hari ini akan tengok kesemua 10 gambar pada hari esok.

>> Caption dalam setiap album mestilah tak terlalu panjang tetapi informative untuk customer jelas tentang product tersebut.

4. TIPS MARKETING
marketing on facebook
>> Add mutual friend setiap hari.

>> Jangan tag kawan2 anda di post, tindakan ini boleh membuatkan kawan2 anda rasa terganggu bila personal wall mereka dibanjiri dengan produk2 anda.

>> Personal/bulk massage rakan2 anda tentang promosi adalah dibolehkan tetapi tidak terlalu kerap.

>> Like & Comment status2 rakan anda di wall rakan anda jika anda ingin post2 anda mendapat like & comment juga. ingat, like dari rakan2 anda membolehkan post tersebut naik semula di newsfeed.

>> Bagi yang kurang masa, anda boleh like gambar2 anda yang lama. Gambar2 tersebut akan naik semula di newsfeed.

>> Comment atau menyapa rakan2 yang telah like status  produk anda. Contoh post breakfast dengan mineral coffee: hai siti.. dah breakfast ke?? breakfast apa hari ni??

>> Share post lama/post dari kawan2 anda tentang produk yang sama. Jangan takut share dari orang lain, takut customer lari ke another seller. Jika cara kita betul, insyaAllah customer lebih mempercayai kita.

facebook marketing


Rasanya setakat ni dulu fundamental facebook marketing. Next time saya akan share online marketing secara "internal & psycho"

Mudah2an bermanfaat insyaAllah.. For those yang sama2 mencari peluang perniagaan dan menjana income serta mendapatkan power personal coaching bersama saya dalam GLAM dan Syarikat Sahajidah Hai-O, saya sangat alu2kan untuk recruit agent2 baru dan berkongsi teknik2 marketing & networking.

More info boleh direct contact ke 010-2311031.

Wassalam..

Tuesday, 15 December 2015

Premium Beautiful Separuh Harga

Assalamualaikum semua..

Terkezzuuttt tak baca entry?? Premium Beautiful separuh harga uollss. Betul ni..!!!!!

promosi premium beautiful

Tapi bakal berakhir tak lama lagi.. Last 31 Dec 2015 ni. Macam mana saya kata pembelian separuh harga ni? Sebab ini adalah promosi cash rebate.

Beli 1 set >> JIMAT RM600
Beli 2 set >> JIMAT RM1500

Dalam tahun 2015 ni Premium dah rangkul 2 Awards hokeyy.. Kenapa dapat pengiktirafan tu?? Of course lah PB Corset ni tak sama dengan corset lain kat luar sana. Quality, Characteristics, Function, Fabrics, Technology, Results/Feedbacks semua diambil kira. Itu yang meletakkan Premium Beautiful pada 1 level yang premium & exclusive. So when the quality & value is there, price doesn't matter..!!

premium beautiful lingerie awards 2


Untuk dapat promosi Premium Beautiful ni ada beberapa cara ye dengan syarat utama REGISTER AHLI baru lah boleh dapat BONUS & REBATE tu semua. Tak semestinya bila register ahli tu kena paksa berniaga, ramai salah faham tau. No.. No.. No.. Saya ni suka tolong orang je dapat buat pembelian dengan harga ahli, especially customer kann.. So nak bagi servis & price yang paling berbaloi2 untuk uolls.

1) Ansuran dengan Aoen Credit, pemilihan ansuran 6, 12, 24 & 36 bulan (Bonus + Rebate return RM230) Paling rendah ansuran RM95 sahaja.. Haaa Amacam??

2) Ansuran dengan credit card with 0% interest. Woowww.. Dah lah dapat harga ahli, boleh ansuran pulak. Cuma untuk 3 bank ini sahaja.

1) Hong Leong Bank
2) Public Bank
3) Citibank

yang ni memang THOORRRBAIIKK..!!! harga ahli dah dapat murah, ansuran 12 bulan tak ada interest pulak, eh.. eh.. dapat balik duit RM230 (Bonus + Rebate) Rugi tak grab ni..!!

3) Last sekali, pembelian cash terus bagi yang affordable. Sama jugak dapat return Bonus + Rebate RM230

Jangan tunggu2 lagi nak dapatkan peluang baik macam ni bukan senang kan?? While orang lain dah merasa dan puas hati with the results.

testimoni premium beautiful 1

testimoni premium beautiful 2

testimoni premium beautiful 3

More info boleh visit:



Instagram : @chempakamohddin

Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 010-2311031

Friday, 11 December 2015

Dapur Chempaka: Projek Roti Dan Kek

Assalamualaikum..

Happy weekend everyone..!!!!!
Today nak share sikit cerita beberapa hari lepas the time we spent together dengan adik & anak, tak ada lain bila boleh sama2 main masak2 kat dapur.. hehehe.

Ok last week kitorang buat roti, sebenarnya my sister nak belajar buat pizza so tiba2 dia menyebok lah duk rumah saya beberapa hari, macam2 dia suruh saya buat.. cam bibik uolls.. hahahaha.. Takde lah gurau jek.. ekekeke..

pizza sausage mashroom

roti gebu

Resepi Bacic Doh Roti Gebu

1 paket yis rendam dgn air suam. Yis berbuih tanda aktif & tak rosak

Dalam mangkuk besar campur semua bahan kat bawah ni

2 mug tepung (boleh tmbh bijirin kalau suka)
3 sudu gula
1/2 camca garam
2 sudu butter dicairkan
1/2 camca oregano (optional flavor- sedap untuk pizza)
1 biji bawang putih (optional flavor - sedap untuk pizza)
1 biji Telur (optional-xletak pun xpe)
1/2 camca soda bikarbonat
1/2 camca bread improver
1/2 camca dough softerner (xde pun xpe)
Air suam

Campur semua & uli. Tutup dgn kain biarkan 1 jam.
Dah gemuk tumbuk2kan dan uli semula utk buang angin2 dlm doh.
Bulat2kan kecik2 susun rapat2 dalam loyang. Tutup & biarkan naik lagi skali dalam 1/2 jam - 45 minit.
Sebelum bakar sapu permukaan roti dengan susu segar.
Bakar suhu 180°C api bawah 10 minit, tukar api atas bwh 10 minit lagi.
Siap..

Kalau pizza tu boleh buat topping ikut suka hati.. hehehe..


kek pisang oreo
kek pisang choc chip



Kek Pisang Gebu Gebasss Terbabasss

2 cawan tepung gandum diayak
1 cawan gula halus
4 biji pisang blend dengan 1/2 cawan susu segar
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
1 camca soda bikarbonat
1 camca baking powder
ovellet
esen vanilla
sedikit garam

Dalam 1 mangkuk besar, satukan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder & garam.
Pukul gula dengan telur sampai kembang, ovellet & pukul rata.
Masukkan esen vanilla, minyak & pisang.. gaul rata.
Last masukkan campuran tepung. Dah rata stop gaul, jangan gaul lama2 selepas masukkan tepung.

glaze loyang dengan minyak, bakar suhu 180 degree celcius api atas bawah selama 40-50 minit.

Selamat mencuba ya...

Thursday, 10 December 2015

Wishlist 2015: Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum Wbt..


Kembali bersiaran macam biasa.. Alhamdulillah kita dah hampir memasuki gerbang 2016, maka tahun 2015 bakal kita tinggalkan & tak mungkin kembali lagi.. sob.. sob.. sob.. Whatever it is, kita harus move on sebab yang bakal kita hadapi adalah masa depan betul tak?

So how's your 2015 wishlist??? Today saya nak share one of wishlist yang paling besar rahmat bagi saya lah which is dapat rumah sendiri setelah 3 tahun menumpang di rumah parents, then menyewa rumah orang.. Finally..!!!!
Sedikit panduan berkenan "cost" for those yang pertama kali nak masuk rumah baru.

rumah 1
Pertama kali jejak kaki melawat kawasan
rumah 2
Proses bikin kabinet dapur & partition. Partition ni cost RM1200

rumah 3
Kabinet dapur siap bawah sahaja cost RM3300

rumah 4

rumah 5
Kerja-kerja melantai tanah untuk mengelakkan becak, bahagian tepi dan belakang rumah (separuh) cost RM1000


Selesai kerja2 renovation serba sikit yang basic je. Actually perlu preparation yang banyak esp mcm we olls yang perlu sediakan kecukupan sebuah rumah termasuk aspek keselamatan. Oleh sebab saya tak snap banyak gambar, (insyaAllah next entry akan update lagi) So kat sini saya listkan sikit total expenses. Tiada apa2 tujuan cuma buat panduan sahaja.


Syukur nikmat Allah.. berjaya siapkan semua kecukupan. Memang diakui cost nak masuk rumah memang tinggi, but insyaAllah dengan persiapan & simpanan yang konsisten.. Anda tak perlu berhutang or buat extra pinjaman bank untuk semua ni. Dan syukur jugak dengan bisnes yang saya buat serba sikit dapat bantu ringankan beban suami.

Ok setakat ni dulu perkongsian saya.. nanti saya share tips pemilihan perabot & tips menabung rumah petama ok..

Jumpa next entry uolls.. Wassalam..

Thursday, 25 June 2015

Rara Asna On Camera

Assalamualaikum.. Salam Jumaat..

Tazkirah pagi ni di radio, sedekah yang paling berkat ialah memberi makan kepada ahli keluarga.. Allahu Akbar..

Tapi entry ni bukan nak cerita pasal makan, bulan2 puasa ni kan terliur pulak nanti.. hehe.. Ok2.. saje je kali ni nak up sikit about my busuk Rara Asna, jangan salah faham.. tak ada niat apa2 tau. Tapi sekadar berkongsi.

Before this memang tak pernah lah nak layan dia make up2 bagai, yelah budak2 kan.. takut kadi harmful kat kulit dia, tapi  tak apa lah, dia pengguna setia marine essence. Tak nak kasi kempunan punya pasal haritu mommy dia datang, dia pun dapat make up skali..

Suka lah tu.. kemain lagi, siap tak bagi lap muka. Tak nak mandi plok tu.. ahh.. parah..!! Jom tengok mana rupa yang sayang sangat nak mandi tu..

rara asna 1

rara asna 2

rara asna 3

Ahha.. cukup lah tu berposing nak ooii senget2 kepala tengok dia.. haha. Lepas tu jadi addict, hari2 mintak grooming hmm.. moral of the story do not ever start..!!

But slowly cakap dengan dia, tak boleh make up hari2 nanti kulit tercabut.. kikiki.. sounds scary for her. So siuman lah sikit. Ok uolls, selamat berpuasa.. sayangilah anak2 kita sementara mereka masih boleh kita belai dan manjakan. Later dah besar panjang macam kita ni mak ayah tak boleh gomol2 lagi.. nanti rindu momment tu.

InsyaAllah.. mudah2an anak2 kita semua jadi anak2 soleh.. amin..

Wassalam.