Saturday, 8 December 2012

Resepi: Puding Karamel

Assalamualaikum wbt..

Hari ni topik lain sikit sebab nak kongsi my favorite pudding which is caramel pudding.. 



So bahan2 yang diperlukan ialah:

10 sudu besar gula pasir (untuk buat gula karamel)
1/2 cawan air
8 sudu gula pasir
7 biji telur
3 biji kuning telur
800ml susu segar (biasanya guna susu HL lebih sedap)
2 sudu esen vanila
2 sudu tepung kastard

Ok.. lepas prepare bahan2, kita tengok cara nak buat pulak ye..

Mula2 sekali kita goreng gula pasir untuk buat gula karamel sampai garing dan bertukar menjadi warna coklat perang.




Apabila gula dah mula mencair dan garing, masukkan 1/2 cawan air.. pastikan gula ni berbau harum dan bukan berbau hangit ok. Then tuang ke dalam mangkuk dan sejukkan.





Next, prepare bahan untuk pudding.. pukul telur dan gula, pukul ringan je.. guna sudu atau senduk.. pukul telur ni jangan sampai kembang sangat dan berbuih kerana ini boleh menyebabkan puding kita berlubang2 dan berongga.. memang xcantik sangat..




Lepas tu kita rehatkan dulu adunan telur ni sebentar supaya hilang sikit buih2nya.. Sementara kita adunan rehatkan telurni, kita panaskan susu segar.. campurkan esen vanila dan tepung jagung..
Peringatan penting..!!! susu ni tak boleh mendidih, asal panas dan nampak berasap sikit2 dah boleh padam api.


Then, masukkan susu dalam adunan telur dan kacau perlahan2.. biar sekejap..
prepare loyang, tuangkan gula caramel ke dalam dasar loyang dahulu.




Kemudian baru lah masukan adunan susu dan telur yang dak di kacau tadi, kemudian kukus selama 20-25 minit..




Ok.. pudding yang baik dan cantik adalah puding yang licin, smooth dan tidak berongga.. kerana itu, kena buat dengan betul dan tepat.. Dah siap masak, sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan..




Sekian.. itu saja resepi dari saya setakat ni.. In shaa Allah, kalau saya buat pudding lain, saya share lagi resepi ok.. Selamat mencuba..!!!