Monday, 10 December 2012

Back in 2010/2011. Aku hanya tersandung, belum terjatuh lagi

Assalamualaikum..

Today nak share with uolls salah 1 faktor why I really want to do this biz.. Ok, back in 2010.. after grad on December 2009.. YES..!!! berjaya dengan CGPA 3.41 dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Elektrik. Alhamdulillah, tercapai hajat mak nak tengok I naik pentas konvokesyen.



Start cari kerja. Application yang ke 5 untuk SPA online yang tak pernah2 lagi dipanggil interview, tapi masih sabar menanti. Selain SPA prepare banyak sangat resume dah dibuat and distribute to many semiconductor companies in Malaysia tapi dalam mase 2 bulan masih menyepi lagi.
Tak nak membuang masa, I've tried cari kerja sementara kat kedai kek dengan gaji RM400 sebulan. Di sini lah..


Oleh sebab susah nak dapat bus pergi kedai, I've decided untuk pergi kerja naik basikal sejauh 18km sehari from 8am - 8pm. Ini lah basikalnya, banyak berjasa pada I..dulu cantik lagi la..


Lebih kurang 5 bulan I kerja kat kedai kek ni tapi masih tak dapat mana2 panggilan interview, maka datang lah sepucuk surat..


Masa ni dah decide nak smbg master since tak dapat kerja, after I bincang dengan husband (masa tu tak kawen lagi) then dia pun setuju.. beberapa bulan pertama kat sana memang disara sepenuhnya oleh my hubby since belum dapat mana2 biasiswa. Agak perit jugak la, tapi semangat nak belajar mengatasi segala-galanya.

Then buat decision nak kerja part time kat Kenny Rogers Plaza Alam Sentral.. Jadilah I seorang pelayan restoran..ye la kan, nak makan, bayar sewa rumah and so on..


Tapi kerja pun tak lama sebab sangat2 penat.. rasa macam terganggu je research yang
I tengah dok buat.. sometimes kena bawak technical paper ke kedai.. Memang tak boleh nak cope sangat ngan kerja ni coz selalu blk lewat malam.

Lepas tu I mohon skim khidmat siswazah (SKS) dan diluluskan, alhamdulillah.

Skim ni macam kita kena kerja untuk bantu lecturer marking paper, macam tu la.. dapat la sara hidup dan kumpul2 sikit untuk kahwin hujung tahun (29 oct 2010).

Kemudian dapat la tawaran pembiayaan dari KPT.. syukur Alhamdulillah..


Pembiayaan ni dapat la kurangkan sikit beban pembelajaran since they all tolong bayarkan yuran tiap2 semester.. Pembiayaan ni berjalan lebih kurang 3 semester..

After kahwin still duduk rumah sewa di Shah Alam since hubby kerja di Melaka. Pada August 2011, I disahkan preggy 2 bulan.. masa ni memang suka sangat la kan.. tambah suka lagi bila dapat surat tawaran biasiswa sekaligus jadi lecturer di bawah skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) pada 26 Sept 2011.


Segalanya bermula di sini.. Untuk mendapatkan biasiswa ni I tak boleh terikat atau ada kontrak dengan mana pembiayaan.. So step pertama I have to cancel kontark dengan KPT yang biaya I punye semester fee..


Proses pembatalan kontrak ni sangat lah lambat, since October 2011.. Waktu tu semua dokumen yang dikehendaki for TPM dah lengkap, just nak tunggu surat pembatalan kontrak tu je.akhirnya Disember 2011 baru diorang bagi feedback dan keluarkan surat pembatalan..
Bila sampai masa dokumen nak di submit, semua nya terpaksa di tolak dan biasiswa TPM ditarik balik kerana tempoh tamat pengajian kurang dari 6 bulan. Sebab I dijangka tamat by Jun 2012.

Masa tu memang rasa macam kena hempap kayu balak lah..

1) Pembatalan kontrak with KPT yang harus di ganti RM 2800
2) Exam IELTS RM 550

Banyak lagi lah.. bila teringat balik memang sedih.. masa tu kan tengah preggy 5 bulan, ambil exam IELTS kat Subang tu naik motor dalam hujan dengan my husband.. Masa tu hujung tahun memang musim hujan pulak tu..sedih laa.. wuwuwu...

2-3 kali jugak la my hubby datang naik motor dari Melaka nak bantu I uruskan TPM, 2-3 jugak turun naik putrajaya untuk berurusan dengan KPT dengan membawa perut naik motor.
Then I pun dah tak continue with SKS sebab biasiswa TPM ni tak boleh terikat dengan mana2 pembiayaan kan.. akhirnya selama 3 bulan berikutnya I tak ada pendapatan nak teruskan sambung study.. fee pun tak dapat nak bayar, persediaan nak bersalin pun belum buat sebab tak ada duit nak beli apa2 pun. Gaji my hubby adalah untuk tanggung perbelanjaan I study.

Oleh sebab dah preggy 8 bulan pun masih turun naik bus express, akhirnya I and my husband decide untuk quit dari pengajian.. mungkin tak ada rezeki nak belajar lagi.. Memang lah rasa sayang sbb I dah buat 3 publication papers sampai ke Jakarta. Tapi apa boleh buat, kita hanya merancang dan berusaha.. Tapi sesungguhnya Allah yang menetukan.