Monday, 17 December 2012

Aku hanya tersandung, belum terjatuh lagi: Part 2

Assalamualaikum..

Those yang dah baca entri Back in 2010/2011.. yang ni adalah kesinambungan kisah yang lepas..

Lepas berhenti study macam2 fikir nak kerja apa lepas bersalin ni?? Mula2 fikir nak buat business la kan. Jumpa gak orang sana sini tanya pendapat nak buat business apa.. Ada yang cadangkan jual tudung online, bukak stationery, bukak franchais cosway, bukak laundry laa.. macam2 la.


Boleh katakan setiap hari ni tidur tak lena pun duk fikir anak nak keluar ni boleh ke I bagi kehidupan yang baik pada dia nanti. Dengan tak bekerja, gaji suami pun cukup2 makan. Bukanlah tak bersyukur dengan apa yang ada tapi kita deserved untuk dapat kehidupan yang lebih baik..  Sampai la my sweet little baby girl dilahirkan pada 5 April 2012..




Bila kita tengok dia tidur dan tersenyum, sampai ke hati kita nak membiarkan dia melalui hidup yang sama sepertimana yang kita pernah alami dulu? I dulu masa kecil umur 6 tahun dah ikut mak ayah masuk kebun getah untuk menoreh. Pergi mana2 naik motor berhujan dan berpanas. Duduk di rumah kayu yang reput dan berlubang2. Pergi sekolah dengan berjalan kaki.. balik sekolah tak nampak muka mak ayah sebab semua sibuk bekerja.. 

Kalau boleh tak mau semua tu berlaku pada anak sendiri, dia lahir untuk hidup dengan baik. Jadi I kuatkan semangat untuk lakukan sesuatu untuk dia. Kebetulan masa dalam pantang I ada nampak satu advertisement, open interview di Melaka. 

Walaupun bersalin secara caeserean, pada hari ke-16 berpantang I kuatkan semangat untuk pergi open interview tersebut. 




That is my mother's birthday.. Tapi I pergi open interview, my husband la orang yang paling banyak bersusah payah bantu I jalan dan kendong anak yang baru berusia 16 hari. Banyak my hubby berkorban untuk kami.. Then I pun explore la karnival tu kan. Banyak jugak company2 yang offer kerja, banyak jugak yang I apply.

After 3 days, I dapat satu panggilan telefon dari Texas Instrument yang suruh I datang for 2nd interview. Then I pun pergi untuk kali kedua ditemani oleh my hubby n my lil Rara.. I terus diterima bekerja sebagai PRODUCTION EXECUTIVE dan boleh memulakan kerja sebaik sahaja habis berpantang 44 hari.



Masa dalam pantang tu jugak la I terbukak hati nak dengar business sharing Premium Beautiful from Fatin (now she is my leader). Tapi oleh sebab I dah dapat kerja, then I hold dulu peluang tu..

Actualy habis pantang 44 hari pun belum betul2 fully recover coz I caeserean kan.. tapi I kuatkan semangat jugak untuk terus bekerja.. I terpaksa tinggalkan Rara dan beri dia susu formula since I tak ada kat rumah lebih kurang 10 jam..For the first week I kerja normal, office hour. Masuk minggu kedua I dah mula dimasukkan ke shift..

Start masuk shift I dah tak boleh handle, oleh sebab pada asalnya I breastfeed my baby and susu memang sangat banyak. I tak boleh tahan bengkak even 5 hrs pun. Kadang2 sampai basah baju dan tudung I.. U just imagine when I have to OT until 12 hrs.
Ya Allah.. memang sakit sangat.

Then masa I sangat terhad, susah nak nampak muka my hubby since masuk shift. dapat tengok anak pun sekejap2 je.. Kadang2 I menangis jugak because I cakap I live to be happy with my husband, with anak2.. I don't want to live like this.. tak ada jalan2 macam selalu, tak ada holiday, tak ada tengok wayang, tak ada gurau2.. there is no life in working..!!!

Oleh sebab banyak faktor yang menjadi kekangan my hubby and I setuju untuk I resign from this job after 3 weeks mencuba.. coz my hubby sendiri pun rasa tak happy dengan life yang macam ni.
Then I resigned..!!!


 After that I tried to pujuk n convince my husband untuk get back to Fatin, and try to run premium beautiful biz. Mula2 mendapat tentangan juga since my husband ni jenis tak suka berhutang. Tapi my hubby put trust on me untuk buat biz ni dan Alhamdulillah until now i survive with great 4 figures income.

I nak buktikan pada my hubby I boleh berjaya dalam business walaupun this is not my education background. Sometimes orang fikir nak buat business mesti minat baru boleh buat.. actually NO..!!!

Buat business is all about responsibility for your parents, your husband, your children and many people around you. Just imagine if I live without doing this business, I boleh bayangkan apa yang I alami masa kecil dulu akan berulang kembali..

Alhamdulillah ya Allah.. Kau masih memberi aku peluang untuk meneruskan hidup ini walaupun berkali2 hampir jatuh tersungkur.. tapi pada hakikatnya aku hanya tersandung sahaja, aku belum terjatuh lagi.. Kini aku bangkit untuk memenuhi IMPIAN BESAR yang tidak lama lagi bakal tercapai.. Amin3x..


with love:
Chempaka Mohd Din