Tuesday, 8 January 2013

Wanita dan Kasut

Assalamualaikum.. wbt..

Today nak share info sikit dengan uolls para wanita di luar sana jenis2 kasut yang selalu diperagakan oleh wanita.. Sometime kita hanya tahu pakai tapi kita tak kenal jenis2 nya kan.

I adalah salah seorang peminat kasut dan pengumpul kasut2 jugak.. So I just nak share kalau2 berguna untuk uolls jadikan rujukan untuk pergi ke majlis2 tertentu dan seumpamanya.. lets check it out..

KITTEN HEEL


Kasut jenis ini mempunyai ciri2 tumit yang tak terlalu tinggi. biasanya 1-2 inci sahaja. Sesuai untuk mereka yang mengalami sakit belang untuk kurangkan tekanan pada pinggang dan tulang belakang. I suka kasut macam ni bila I rasa nak jalan jauh dan lama, sesuai bila pakai baju kurung.. memang sangat cantik.

PUMPS

Ciri-ciri kasut jenis ni ialah bertumit tinggi atau rendah.. bermacam2 ketinggian, tapi ciri utamanya bahagian depan kasut yang bulat sesuai untuk mereka yang mempunyai jari kaki yang comel2. Kasut macam ni sesuai digayakan di majlis2 formal.. sesuai juga untuk pergi interview.. First impression and appearance kan penting.

ANKLE STRAP



Ankle Strap ni nampak elegent, mempunyai ciri2 lilitan dibahagian buku lali. Kasut macam ni lebih nampak ranggi bila mempunyai lilitan yang banyak dan berwarna warni. sesuai untuk semua jenis pemakaian berseluar terutamanya seluar skinny dan seluar 3 quarter.

WEDGES


Ni salah satu kasut favorite I sebab lebih selesa dan stabil bila dipakai berbanding kasut tumit yang lain. So those yang baru nak belajar pakai heels digalakkan cuba pakai jenis wedges dulu.. Once u rasa confident untuk berjalan dan rasa stabil, boleh la beralih ke kasut tumit secara perlahan2.

MULES


Kasut jenis mules sangat digemarti oleh mak2 kita kan dan juga golongan berusia. Ciri2 kasut ni bertunit rendah dengan tumit sederhana besar, mempunyai ruang kaki hadapan yang luas. Selesa dipakai dan tak sakit tumit. Sebab itu ramai wanita berusia memilih kasut jenis ini. 

BALLET PLAT


Kalau kita tengok kasut jenis ni paling banyak diperagakan oleh wanita kerana ciri2 keselesaannya yang tanpa tumit. Remaja juga prefer untuk memilih kasut jenis ini kerana terdapat pelbagai pattern dan corak funky yang berwarna warni.

STILETTO



Ni adalah jenis kasut yang sangat popular di kalangan model2 antarabangsa. Kalau kita tengok program runway, memang model2nya memilih kasut jenis ni. Kasut stiletto mempunyai ciri2 tumit melebihi 3 inci yang tajam dan tirus. Agak2nya bersedia tak nak pakai kasut macam ni?

MARY JANE



Ciri2 kasut jenis ni adalah tidak bertumit dan juga bertumit rendah yang lebar. Kasut sebegini digemari oleh kanak2 perempuan. Tetapi masih ada wanita yang selesa memperagakan kasut jenis ini kerana ianya agak stabil dan tegap dengan tali dibagagian depan bagi mengelakkan kasut mudah tertanggal.

PLATFORM SHOES


 Kasut jenis ini adalah untuk si pemakai yang ingin tampil berani kerana ciri2nya yang unik. Mempunyai tumit yang sangat tinggi disokong oleh bahagian depan kasut yang juga mempunyai ketinggian lebih dari 2 inci.. Those yang nak pakai kasut jenis ni dinasihatkan praktis dulu semaksima mungkin, kerana kalau terjatuh memang boleh menyebabkan patah buku lali.

PEEP TOES


Ciri2 peep toes ialah mempunyai lubang kecil dihadapan. Kasut jenis ni I suka and dah ada 2 pasang. Sangat sweet dan rasa confident bila berjalan. Kalau pakai seluar jenis slack memang tip top lah..!!

WINKLEPICKERS



Kasut ini adalah kasut jenis boots yang sebenarnya lebih digemari oleh kaum lelaki di Eropah.. Tapi oleh sebab wanita lebih mementingkan fashion dalam hidup mereka, mereka memilih untuk memperagakan kasut jenis ini di musim sejuk.Kasut ni sangat cantik dan ada pelbagai pattern. Ada yang bertumit tinggi dan mempunyai cutting yang lebih panjang juga.

Ok lah.. Sebenarnya banyak lagi jenis2 kasut wanita dalam dunia ni, tapi ni adalah di antara kasut2 yang popular yang selalu kita tengok di kedai2 kasut kan sebab wanita dan kasut memang tak boleh dipisahkan.

Hopefully info sebegini dapat membantu anda di luar sana untuk mencari kesesuaian dalam berfashion. In Shaa Allah I akan kongsikan dengan uolls topic2 yang lagi meletop ok..!!
bye2..!!

chempaka moha din

No comments:

Post a Comment