Friday, 13 December 2013

Renungan Jumaat: Berfikir dan Mensyukuri Rezeki

Assalamualaikum.. Salam Jumaat buat semua..

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
 

Monday, 9 December 2013

End Year Holiday: Prima Inland Resort Port Dickson

Assalamualaikum uolls..

Nak story and share sikit lah this is one of the place yang sesuai untuk family bonding. On 28 Nov lepas, my husband and I together with our lil princess having fun di Best Western Prima Inland Port Dickson.. Tempat not bad coz ade waterpark kat sana.

Suit dia memang best coz we all pilih family suite, 2 single bed with 1 king bed.

Best Western Prima Inland Port Dickson 1

Best Western Prima Inland Port Dickson

Haaa.. Best tak bilik dia, boleh lari2 giteeww.. Nak tengok waterpark dia tak? Jom..

Best Western Prima Inland Port Dickson 4






For me Prima Inland ni ok untuk waterpark ringan especially those yang nak bawa anak2 kecil main air sebab kat sini kurang extreme. Tiket ada 2 session morning and afternoon, RM35/session. So ok jugak coz kat sini ada 4 kolam. Tak strict sangat nak kena pakai swimming suit semua cuma ada 1 kolam saja yang memang kena pakai swimming suit because of safety reason.

Memang best sangat2 lah dapat spend time together, bonding pun makin kuat. Sangat2 bersyukur sebab diberi kemurahan rezeki untuk menikmatinya.. bukan semata2 murah rezeki dalam bentuk duit, tapi kesihatan yang baik.. keluarga yang bahagia.. anak yang cerdik dan sebagainya.. hehehe.. Kot nanti ada orang salah faham pulak, ekekeke...

Then malam hari we celebrate my birthday together having dinner in Kitchen Garden.. Tempat exclusive but pilihan makanan tak banyak, more to masakan kampung.







Best Western Prima Inland Port Dickson 1
 
Syukur alhamdulillah.. Seharian bersama family yang tak akan dilupakan, glad jugak nak share with uolls if uolls berminat nak pergi tempat ni boleh contact me coz I have the person incharge yang boleh bagi uolls the best room at the best price tau.. Till we meet again in another entry.. bye.!!