Sunday, 27 January 2013

Conjunctivitis Attacked

Assalamualaikum..

Sekian lama tak berblogging kan.. Tu lah.. baru2 ni we all 1 family diserang sakit mata atau bahasa science nya Conjunctivitis.. Asalnya my lil Rara yang kena dulu. Starting from 6 January 2013.. Mula2 mata dia macam bengkak biasa je, ala2 kena gigit semut gitu.. so kitorang biarkan je la.. lama2 conjunctiva dia nampak makin merah tau.


www.chempakamohddin.com

Masa ni lebih kurang after a week mata dia merah dan bengkak.. dah 2 kali pergi klinik then Doctor kata sakit mata biasa, bagi eyedrop macam biasa. We all pun just ikut instruction yang diberi.. keep on curing her. Tapi still tak nampak apa2 perubahan, even its getting worse.


www.chempakamohddin.com

Sangat kesian kat lil Rara time ni, mata dia hampir dah tak boleh bukak.. lepas 8 hari tiba2 mata dia bleeding. On the spot pukul 2 pagi we all bawa Rara ke Emergency Department Hospital Pakar Sultanah Fatimah..

www.chempakamohddin.com

Hati ibu mana yang tak sedih bila tengok anaknya dalam keadaan macam ni kan.. Sampaikan terdetik dalam hati ni, kalau la terjadi apa2 pada mata Rara, mama sanggup bagi mata mama ni kat Rara sebagai ganti.. wuwuwu..


Bila dah dirujuk ke pakar, doktor terpaksa buang membrane mata Rara yang menyebabkan mata dia bengkak. 4 kali appointment, maka 4 kali lah membrane mata nya di buang.. Gugur jantung bila dengar dia menjerit2 kesakitan masa membrane mata tu dibuang..

Dan akhirnya, makin pulih.. tapi tak semena2.. I pulak yang kena conjunctivitis ni.. Tapi tak apa lah, Allah nak beri sakit pada kita.. sekurang2nya dosa2 kecil kita terhapus.. 

www.chempakamohddin.com

Simptom nya sama, merah dan membengkak.. Dah macam panda bear dah kan? Lepas 4 Hari I kena sakit mata ni, Hubby I pun kena jugak.. Dugaan betul..

www.chempakamohddin.com

Tapi my hubby kena sebelah mata je macam Rara, merah dan membengkak jugak. Doktor kata sakit mata ni lain dari sakit mata biasa, jenis virus degil yang memang lambat nak baik.. akhirnya I n my hubby pulak terpaksa dirujuk ke specialist oleh sebab penglihatan dah terjejas dan kabur.. Abrassive Cornea lah pulak.

While I am typing ni pun still blur lagi.. Tengok lah setakat mana boleh dirawat. Hopefully dapat fully recover secepat mungkin dan jalani our joyful life macam biasa.. Hampir 12 hari jugak la my hubby terpaksa MC. Nasib baik la I memang housewife kan, sakit mata pun gaji jalan sebab run biz kat rumah.

Alhamdulillah.. sakit2 pun dapat customer, ada bonus dan income bulanan.. Ok la.. see you at the next post ya..!!

Assalamualaikum..