Monday, 4 February 2013

Panduan Mengerjakan Umrah

Assalamualaikum..


Lately ramai yang mengambil peluang untuk mengerjakan umrah.. So I nak share sikit lah panduan mengerjakan umrah buat muslimin dan muslimat.. Sekurang-kurangnya kalau tak dapat pergi sekarang, In Shaa Allah dapat tanamkan impian untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti,




PENGERTIAN UMRAH

Menurut bahasa : ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak : mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk

mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.

HUKUM MENGERJAKAN UMRAH

Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :




Menurut mazhab Imam Syafie, kewajipan mengerjakan umrah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dalam kehidupan seorang muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.

KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH

Umrah adalah sunat dilakukan berulang kali terutama sekali pada bulan Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadithhadith
berikut :

Maksudnya : Daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa antara keduanya



WAKTU MELAKUKAN UMRAH

Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun selain daripada masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehingga dia
selesai melakukan kerja-kerja haji tersebut

RUKUN-RUKUN UMRAH :

1. Berniat ihram
2. Tawaf
3. Saie
4. Bergunting atau bercukur
5. Tertib

WAJIB-WAJIB UMRAH :

1. Berniat ihram di miqat3
2. Meninggalkan pantang-larang ihram.

PERSIAPAN UNTUK MELAKUKAN UMRAH

1. Jemaah umrah dari Malaysia masuk ke Tanah Haram Mekah melalui dua jalan :
      
i. Malaysia ke Madinah ke Mekah
ii. Malaysia ke Mekah

2. Sebelum memakai pakaian ihram, jemaah hendaklah bersiap-siap melakukan perkara-perkara sunat berikut :



3. Selepas melakukan perkara-perkara sunat tersebut, jemaah wajib memakai pakaian ihram. Pakaian ihram
sunat berwarna putih.

i. Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas : sehelai dipakai untuk menutup auratnya antara pusat dan lutut
dan sehelai lagi dibuat selendang untuk menutup bahagian atas badan.
ii. Bagi wanita ialah pakaian yang menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. pastikan jemaah wanita memakai sarung lengan, stokin yang tebal dan kain tudung yang mempunyai alas dagu


PERHATIAN :Bagi jemaah lelaki, sepatu yang dibenarkan semasa dalam ihram ialah yang menampakkan tumit dan hujung jari-jari kaki.


       iii. Selepas selesai memakai pakaian ihram dengan sempurna, jemaah disunatkan melakukan solat sunat ihram. Lafaz niatnya:


Maksudnya : Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala

* Pada rakaat pertama: selepas al-Fatihah baca surah al-Kafirun

* Pada rakaat kedua: selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas

PERHATIAN :


i. Solat sunat ihram ini tidak boleh dilakukan pada lima (5) waktu tahrim.

ii. Wanita dalam haid tidak boleh menunaikan solat sunat ihram ini.

4. Setelah selesai melakukan solat sunat ihram, jemaah menaiki kenderaan dalam keadaan sudah lengkap memakai pakaian ihram dan sunat dalam keadaan berwuduk.

RUKUN 1 : BERNIAT IHRAM DI MIQAT

1. Apabila bas mahu mula bergerak daripada Bir Ali, maka jemaah hendaklah berlafaz niat umrah dalam keadaan mengadap kiblat jika keadaan mengizinkan. Lafaz niat umrah :


Maksudnya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya8 kerana Allah Taala”

Bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat melepasi miqat Qarn Manazil9.

PERHATIAN :

i. Wanita dalam keadaan haid tidak dihalang daripada berniat umrah.

ii. Bagi wanita yang sedang suci dan menjangkakan haidnya akan tiba selepas berniat ihram digalakkan
   berniat secara bersyarat untuk mengelakkan timbulnya masalah terutamanya jika tidak dapat menyempurnakan kerja kerja umrah sedangkan waktu untuk pulang ke tanah air sudah hampir dan haidnya masih belum kering. Lafaz niat umrah secara bersyarat seperti berikut:

“Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala, sekiranya aku didatangi haid maka aku menjadi halal”.

Apabila datangnya haid, maka ia secara automatik terlepaslah dirinya daripada pantang-larang ihram dan dia juga tidak terikat dengan kerja-kerja umrah lagi.

iii. Wanita yang sedang suci dan khuatir kedatangan haid yang akan menyebabkan berlaku gangguan dalam perjalanan kerja-kerja umrahnya, dibolehkan memakan pil penahan haid, tetapi setelah mendapat nasihat daripada doktor wanita yang dipercayai.

2. Selepas berniat ihram jemaah disunatkan banyak bertalbiyyah. Lafaz talbiyyah adalah seperti berikut :


3. Para jemaah juga diwajibkan tidak melakukan pantang larang berikut bermula daripada berniat sehinggalah dia selesai melakukan kerja-kerja umrah ini.

MENINGGALKAN PANTANG LARANG UMRAH (WAJIB UMRAH)

Secara umumnya pantang-larang dalam ihram umrah10 boleh dibahagikan kepada tiga (3) kategori:
      
1. larangan yang dikhususkan bagi lelaki sahaja;
2. larangan yang dikhususkan bagi wanita sahaja;
3. larangan umum (lelaki dan wanita).

LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI LELAKI SAHAJA

1. Memakai pakaian bersarung / berjahit / bercantum seperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang menutup jari-jari kaki dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.

i. Seorang lelaki semasa dalam ihram haji atau umrah diharuskan melakukan perkara-perkara berikut tanpa wajib menyempurnakan dam:

       a. memakai kain pelikat dengan cara tidak disarungkan walaupun kain pelikat tersebut bercantum antara dua penjurunya;
       b. memakai kain tuala;
       c. memakai kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjurunya walaupun ada corak, berwarna-warni dan berbunga-bunga;
       d. memakai tali pinggang, cincin dan kaca mata;
       e. memakai sepatu yang menampakkan jari-jari kaki dan mempunyai tali pengikat di atas tulang keting yang menampakkan tumit;
       f. menutup kaki dengan kain ihram;
       g. menyemat pin antara dua hujung penjuru kain ihram sebelah bawah, tetapi tidak dibenarkan bagi kain ihram di sebelah atas;
       h. bercawat dengan kain ihram yang tidak bersambung dan berjahit;
       i. memakai lampin pakai buang bagi yang berpenyakit kencing tidak lawas;

ii. Jika sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram umrah memakai pakaian yang dilarang dalam

kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat.

*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir)

iii. Seorang lelaki yang berada dalam ihram haji atau umrah boleh memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini jika ada keperluan. dia tidak berdosa akan tetapi diwajibkan ke atasnya membayar dam (takhyir dan taqdir). Contohnya :

       a. Memakai sarung lutut (kneeguard) yang dipakai secara bersarung untuk melegakan sakit lutut. Jika dipakai “bandage” secara dililit, kemudiannya disemat dgn pin atau di “zap on” , tidak mengapa dan tidak dikenakan dam.
       
b. Memakai kasut pada kaki yang sihat untuk mengimbangi kasut yang dipakai pada kaki palsu.

2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya

i. Seorang lelaki semasa dalam ihram haji atau umrah diharuskan melakukan perkara-perkara berikut tanpa wajib menyempurnakan dam:

a. Menggunakan payung 
b. Berteduh di bawah pokok 
c. Berteduh di bawah khemah

ii. Jika sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram umrah, memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat.

*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir & taqdir).

LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI WANITA SAHAJA

1. Menutup muka

i. Jika sekiranya seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah menutup mukanya dengan

kain tudung secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut daripada mukanya dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat.

*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir & taqdir).

ii. Seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah dibenarkan memakai penutup hidung dan mulut (mask) kerana sesuatu keperluan.

*Akan tetapi dia diwajibkan menyempurnakan dam (takhyir dan taqdir) dan dia tidak berdosa.

iii. Seorang wanita yang berada dalam ihram umrah boleh menutup muka dan hidungnya dengan tangan untuk mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam hidung dan mulutnya itu tanpa wajib menyempurnakan dam.

iv. Orang lelaki dibolehkan menutup mukanya semasa dalam ihram umrah kerana larangan ini hanya dikhususkan bagi wanita sahaja.

LARANGAN UMUM (LELAKI & WANITA)

1. Memakai sarung tangan: Boleh melindungi tangan di sebalik kain tudung atau kain ihram.

2. Memakai bau-bauan sama ada di badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung

i. Seseorang yang berada dalam ihram umrah boleh mengunakan:

       a. Ubat gigi, sabun mandi, shampoo

       b. Minyak angin

*Walaupun bahan-bahan ini berbau wangi. Ini kerana penggunaannya adalah atas niat kebersihan bukannya untuk berwangi-wangian.

ii. Begitu juga dia boleh makan kek yang berperisa vanilla dan minum air kotak teh wangi kerana bahan pewangi yang digunakan itu adalah untuk menyedapkan makanan atau minuman tersebut sahaja bukannya untuk berwangi-wangian.

iii. Jika sekiranya seseorang yang berada dalam ihram umrah memakai atau menghidu bau-bauan wangi secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menghilangkan kesan bau-bauan tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat.

*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir & taqdir).

iv. Jika seseorang yang sedang berada dalam ihram haji atau umrah dicalit atau disembur dengan minyak wangi pada badan atau pakaiannya tanpa kerelaanya, hendaklah dia menghilangkan kesan bau-bauan tersebut dengan segera.

*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir & taqdir).

v. Seseorang yang berada dalam ihram umrah hendaklah berhati-hati ketika mahu mengucup Hajarul Aswad.

*Ini kerana ditakuti Hajarul Aswad dilumur dengan minyak wangi. Jika diketahui ianya dilumur dengan minyak wangi, haram ke atasnya mengucup Hajarul Aswad itu. Jika dia mengucup Hajarul Aswad dalam keadaan tidak mengetahui ia dilumur dengan minyak wangi, hendaklah dia menghilangkan kesan bau wangi tersebut dengan segera. Dia tidak berdosa dan tidak wajib menyempurnakan dam.

*Jika dia tidak menghilangkan kesan bau wangi tersebut dengan segera, dia dikira berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir).

vi. Memakai semula kain ihram yang disapu dengan minyak wangi setelah ia ditanggalkan daripada badan adalah haram dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir).

*Jika minyak wangi yang dilumur pada badan berpindah kepada kain ihram melalui peluh, tidak mengapa ia ditanggalkan dan dipakai semula tanpa dikenakan dam

vii. Kelambu Kaabah juga dilumur dengan minyak wangi.

*Jemaah yang berada dalam ihram haji atau umrah hendaklah berhati-hati ketika merapatkan tubuh ke dinding Kaabah supaya tidak terlibat menikmati bau wangi tersebut.

*Dia hendaklah bersegera menjauhkan diri jika menghidu bau wangi. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia tidak bersegera menjauhkan dirinya daripada kelambu Kaabah yang wangi itu dengan segera, dia dikira berdosa dan wajib menyempurnakan dam (takhyir dan taqdir).

viii. Wanita yang memakai tuala wangian (herba sahaja) adalah tidak berdosa dan tidak dikenakan dam kerana tujuan pemakaiannya adalah untuk kesihatan bukannya untuk berwangi-wangi.

3. Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi

i. Jika sekiranya seseorang yang berada dalam ihram umrah memakai minyak pada bahagian tubuh yang tidak dibenarkan secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menghilangkan kesan minyak tersebut dengan segera apabila dia ingat atau sedar atau diberi ingat.

*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir).

ii. Memakai losyen pelindung sinaran atau sinaran ultra ungu dibolehkan dengan syarat losyen tersebut tiada wangian.

*Walaupun begitu, jemaah dinasihatkan berhati-hati supaya tidak menggunakan losyen tersebut untuk kecantikan. Niatkan untuk kesihatan.

4. Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan

i. Jika sekiranya seorang yang berada dalam ihram umrah menanggalkan rambut atau bulu secara sengaja, tidak sengaja atau terlupa, dia tetap dikenakan dam (takyir dan taqdir).

*Tidak berdosa jika perkara ini berlaku secara tidak sengaja atau terlupa, tetapi berdosa jika dengan sengaja.

ii. Jika seseorang yang berada dalam ihram umrah mengugurkan rambutnya dengan cara mengosokgosokkan rambutnya ketika mandi atau mengambil air wuduk (walaupun rambutnya jenis mudah gugur), dia tetap wajib menyempurnakan dam tetapi tidak berdosa.

*Jika rambut tersebut gugur dengan sendiri, maka tidak dikenakan dam.

iii. Tidak dikenakan dam ke atas orang yang berada dalam ihram umrah yang mendapati rambut atau bulu yang gugur atas tilam atau bantal ketika bangun daripada tidur.

*Begitu juga keadaannya bagi wanita yang yang mendapati rambut-rambut yang tertinggal dalam serkup tudung kepalanya ketika dia menanggalkan serkup kepala tersebut.

5. Mengerat atau memotong kuku

i. Jika sekiranya seorang yang berada dalam ihram umrah mengerat atau memotong kuku secara sengaja, tidak sengaja atau terlupa dia tetap dikenakan dam (takyir dan taqdir).

*Tidak berdosa jika perkara ini berlaku secara tidak sengaja atau terlupa. Tetapi berdosa jika dengan sengaja.

ii. Jika kuku tertanggal sendiri, maka tidak dikenakan dam.

*Boleh mencabut kuku yang mengganggu keadaan jika sekiranya ia tidak dicabut tanpa dikenakan dam. Contohnya, kuku yang pecah akibat jari terkepit dengan sesuatu.

iii. Harus mencabut kulit bibir, kaki dan tangan yang mengelupas tanpa dikenakan dam.

6. Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah

*Pengharaman memotong, menebang, mengerat atau mencabut pokok-pokok di Tanah Haram adalah berkait dengan pantang-larang yang tidak boleh dilakukan dalam Tanah Haram itu sendiri bukannya berkait dengan keadaan seseorang itu berada dalam ihram haji atau umrah.

7. Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram.

i. Menangkap ikan yang hidup sama ada dalam kolam, sungai atau laut tidak termasuk dalam larangan ini.

ii. Jika seseorang memijak seekor belalang hingga mati walaupun secara tidak sengaja, dia tetap wajib menyempurnakan dam menurut nilai belalang tersebut.

iii. Seseorang itu diharuskan membunuh nyamuk, lalat dan labah-labah jika serangga-serangga tersebut menganggunya tanpa dikenakan dam.

iv. Binatang buruan yang dimiliki di Tanah Halal seperti burung terkukur, burung merpati, kijang, rusa, arnab, dan sebagainya wajib dilepaskan sebelum berniat ihram menurut Imam Syafie.
*Tetapi pendapat kebanyakan ahli feqah, tidak wajib dilepaskan sekiranya binatang-binatang itu tidak ada bersamanya sewaktu berihram.

8. Melakukan pendahuluan persetubuhan

i. Tidak dikenakan dam ke atas orang yang berada dalam ihram haji atau umrah yang keluar air maninya akibat melihat wanita atau menyentuhnya atau dilamun khayal.

ii. Suami isteri yang berada dalam ihram haji atau umrah boleh berpimpinan tangan ketika melintas jalan.

iii.Tidak salah seorang suami atau isteri memeluk pasangannya yang sakit jika pelukan itu adalah pelukan kasih sayang bukannya pelukan bersyahwat.

9. Bersetubuh

10. Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin

Dengan Ini Selesailah Perihal Pantang Larang Dalam Umrah. Sepanjang perjalanan menuju ke Mekah, jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiyah. Sunat membaca doa yang dikhususkan apabila melihat kota Mekah.

RUKUN 2 : TAWAF UMRAH

1. Amalan umrah yang pertama dilakukan oleh jemaah setibanya di Kota Suci Mekah ialah tawaf. Maksud tawaf ialah mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.

2. Apabila jemaah melihat Kaabah, maka sunat membaca doanya.

SYARAT-SYARAT TAWAF

1. Suci daripada hadas besar dan kecil

i. Jemaah disyaratkan mengambil wuduk sebelum melakukan tawaf.

ii. Jika berlaku sentuhan kulit ketika tawaf dengan lelaki/wanita ajnabi (asing), jemaah boleh berpegang dengan satu pendapat dalam Mazhab Syafie yang mengatakan tidak batal wudhuk jika berlaku sentuhan    kulit dengan lelaki/wanita ajnabi melainkan jika sengaja dan timbulnya syahwat.12

iii. Bagi wanita dalam haid, dia kena tunggu sampai haidnya kering. Seterusnya mandi wajib, ambil wuduk, kemudianya barulah dia boleh melakukan tawaf.13

2. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.

3. Menutup aurat sebagaimana di dalam solat.

4. Tawaf hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad.

ii. Jikalau tawaf secara berkumpulan, jemaah hendaklah memakai keyakinan sendiri dalam menentukan pusingan tawaf, walaupun bercanggah dengan rakan sekumpulan.

5. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu.

i. Jika jemaah ditolak akibat kesesakan ketika tawaf sehingga bahunya lari sedikit daripada bangunan Kaabah, maka hendaklah segera membetulkan bahunya itu menghala ke arah bangunan kaabah.

6. Berjalan itu dengan tujuan tawaf.

i. Jika terdapat jemaah yang berpisah daripada kumpulannya atau pasangannya, lalu dia berjalan selepas itu bertujuan semata-mata untuk mencari kumpulannya atau pasangannya, maka batal pusingan itu sahaja bukannya semua pusingan.

7. Cukup tujuh keliling dengan yakin.

i. Jikalau was-was ketika tawaf pada bilangan pusingan tawaf, maka hendaklah mengambil jumlah yang terkecil. Contohnya, jika jemaah was-was antara enam (6) pusingan atau tujuh (7) pusingan, maka dikira masih enam (6) pusingan, maka jemaah hendaklah mencukupkan satu lagi pusingan.

8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah seperti Hijir Ismail dan Syazarawan.

i. Semasa tawaf tidak boleh menyentuh bangunan Kaabah, kelambunya, Hijir Ismail dan Syazarawan.

SUNAT-SUNAT TAWAF

1. Tawaf dengan berjalan kaki.

2. Berittiba’ (Memakai pakaian ihram dalam keadaan membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki sepanjang tawaf.

3. Berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan pertama (1), kedua (2) dan ketiga (3). Pada pusingan keempat (4) hingga ketujuh (7), jemaah lelaki berjalan seperti biasa.

4. Melakukan istilam (Sentuh) Hajarul Aswad kemudian mengucupnya. Jika tidak mampu, disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil menyebut ( Bismillahi Allahu Akbar ) kemudian kucup tapak tangan tanpa membunyikan suara kucupan tersebut. Begitu juga sunat istilam (sentuh) rukun yamani tetapi tidak sunat mengucupnya. Jika tak mampu, disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil menyebut (Bismillahi Allahu Akbar  ) tanpa kucup tapak tangan tersebut.

*Jemaah hanya dinasihatkan melakukan isyarat sahaja pada dua (2) tempat ini. Jika mahu mengucup hajarul aswad, pastikan ia dilakukan di luar masa tawaf.

5. Membaca doa dan wirid.

6. Berturut-turut tujuh pusingan tawaf tersebut. Kalau penat boleh berhenti dan sambung semula pada tempat yang berhenti tadi. Yang afdalnya sambung pada penjuru Hajarul Aswad

7. Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.




8. Melakukan solat sunat dua (2) rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam Ibrahim14.

Lafaz Niat:

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala

*Pada rakaat pertama : selepas al-Fatihah, baca surah al-Kafirun

*Pada rakaat kedua : selepas al-Fatihah, baca surah al-Ikhlas

*Makruh ittiba’ ketika menunaikan solat sunat tawaf
*Selepas menunaikan solat sunat ihram, sunat berdoa di belakang Maqam Ibrahim dan juga di Multazam
(satu kawasan antara Hajarul Aswad dan Pintu Kaabah). Seterusnya sunat minum air zamzam sepuaspuasnya. Kemudian sunat keluar daripada kawasan tawaf melalui Bab al-Safa (Pintu Safa) untuk melakukan saie pula

Dengan ini selesailah perihal Tawaf.

RUKUN 3 : SAIE UMRAH

1. Pengertian Saie : Berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dengan Marwah.

Lafaz niat saie umrah sebelum memulakan saie ketika berada di atas Bukit Safa :


SYARAT-SYARAT SAIE

1. Hendaklah dilakukan selepas melakukan Tawaf
2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah
3. Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali
4. Hendaklah saie sehingga sampai ke penghujung tempat saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada tiap-tiap kali.
5. Hendaklah saie di tempat yang ditentukan sekarang.
6. Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan saie itu.

SUNAT-SUNAT SAIE

1. Keluar ke tempat saie melalui Pintu Safa.
2. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit.
3. Mengadap ke arah kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil mengucapkan:( Allahu Akbar 3x, walillahilhamd  ) setiap kali berada di atas Bukit Safa dan Marwah
4. Berlari-lari anak bagi lelaki (tidak bagi wanita) apabila sampai di suatu tempat yang bertanda lampu hijau.
5. Berturut-berturut (muwalat) antara pusingan saie.
6. Suci daripada hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
7. Berjalan kecuali uzur. Maka boleh menggunakan kenderaan seperti kerusi roda.
8. Berdoa
9. Berittiba‘


Dengan ini selesailah kerja-kerja sai'e.

RUKUN 4 : BERGUNTING ATAU BERCUKUR

1. Selepas selesai melakukan saie, maka sampailah masanya bagi jemaah untuk bergunting atau bercukur bagi melepaskan dirinya daripada pantang larang ihram (tahallul).

2. Afdal bercukur atau bergunting di Marwah.

3. Afdal bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita bergunting sahaja. Bagi yang botak licin: sunat baginya melalukan mata pisau di atas kepalanya.

4. Sunat bergunting (jika memilih untuk bergunting) sekurang-kurangnya 3 helai rambut sepanjang kadar ruas jari kuku pada hujung mana-mana rambut yang digunting. Jika kurang daripada saiz itu masih dibolehkan.

5. Boleh mengunting rambut orang lain walaupun diri sendiri belum lagi bergunting. Namun yang afdalnya, gunting rambut sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah mengunting rambut orang lain.

6. Dengan melakukan guntingan/cukuran ini, maka terlepaslah jemaah daripada segala pantang larang dalam ihram umrah

Dengan Ini Selesailah Kerja-Kerja Umrah

PERHATIAN

1. Bagi wanita yang berniat umrah dalam keadaan haid, kemudian haidnya kering, lalu dia mandi wajib, kemudiannya dia tawaf, saie dan bergunting, tiba-tiba haidnya datang kembali :

i. Jika haid datang semla selepas 24 jam daripada keringnya haidnya (bukan daripada bermulanya mandi), maka tawaf, saie dan berguntingnya itu sah.

ii. Jika haid datang semula kurang daripada 24 jam daripada kering haidnya, maka tawaf, saie dan berguntingnya itu tidak sah.

2. Jika para jemaah mahu melakukan umrah yang kedua (ketiga dan seterusnya) hendaklah dia pergi memasang niat umrah di Tanah Halal seperti di miqat Tan’im (5 km dari Masjidil Haram) atau Ji’ranah

(22 km dari Masjidil Haram) dengan melakukan perkara-perkara yang sama sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, iaitu :

i. Memakai pakaian ihram (dengan sunat-sunatnya)
ii. Berniat umrah di miqat (contohnya di Tan’im atau ji’ranah)
iii. Tawaf
iv. Saie
v. Bergunting atau bercukur


3. Perlu diingatkan, umrah yang kedua dan seterusnya merupakan umrah sunat. Walaupun ia sunat, para jemaah tetap diwajibkan menyelesaikan kerja-kerja umrah itu dari awal hingga akhir (niat, tawaf, saie, bergunting/ bercukur)

4. Jangan sesekali tidak menyelesaikan kerja-kerja umrah itu sampai habis kononnya atas alasan ia adalah umrah sunat sahaja.

5. Jemaah boleh melakukan umrah untuk orang lain apabila dia telah selesai melakukan umrah pertama (umrah wajib) bagi dirinya, walaupun dia masih belum melakukan haji.

AMALAN-AMALAN SEMASA DI TANAH SUCI

1. Solat berjamaah
2. Solat jenazah
3. Solat sunat
4. Puasa sunat
5. Khatam al-Quran
6. Memandang Baitullah
7. Berdoa terutamanya di tempat-tempat yang mustajab doanya
8. Beriktikaf dalam masjid

PERHATIAN

1. Jika wanita yang sedang berada dalam keadaan haid berniat ihram umrah, tetapi dia masih tidak dapat menyempurnakan kerja umrah kerana haid masih ada sehinggalah sampai waktu berangkat pulang, maka
dia kena bertahallul ihsar untuk melepaskan dirinya daripada pantang larang ihram. Caranya :

i. Setelah sampai ke tanah air hendaklah menyembelih seekor kambing yang sah dibuat korban dan bergunting dengan niat tahallul.
ii. Daging kambing tersebut diagih-agihkan kepada fakir miskin tempatan.
iii. Dengan ini, terlepaslah dirinya daripada segala pantang larang ihram.

2. Jika umrah tersebut umrah wajib, maka wajib qada‘.

3. Jika umrah tersebut umrah sunat, tak wajib qada‘.

TAWAF WADAK15 :

1. Akhir sekali sebelum keluar meninggalkan kota suci Mekah, jemaah wajib melakukan tawaf wadak dengan mengikuti syarat-syarat dan sunat-sunat tawaf yang telah disebutkan sebelum ini. Niatnya : “Sahaja aku tawaf wadak tujuh keliling kerana Allah Taala”

2. Tawaf wadak ini dilakukan selepas segala persiapan untuk pulang ke tanah air sudah dilakukan seperti begbeg sudah dikemaskan, urusan membeli-belah sudah selesai dan pelbagai lagi urusan.

3. Wanita dalam haid dikecualikan daripada melakukan tawaf wadak ini. Cara yang sunat baginya untuk meninggalkan kota Mekah ialah pergi ke hadapan pintu Masjidil Haram, memandang Kaabah dan melambai lambai tangan dengan perasaan yang sayu.

4. Melakukan Tawaf Wadak ini terdapat sedikit perbezaan dengan Tawaf Umrah, iaitu :

i. Memakai pakaian biasa dengan menutup aurat. Bukan memakai kain ihram.
ii. Tidak melakukan ittiba’ (membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki sebab jemaah memakai pakaian biasa.
iii. Tiada perbuatan berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan pertama (1), kedua (2) dan ketiga (3).

PERHATIAN

1. Perkara-perkara sunat selepas tawaf seperti solat sunat tawaf, berdoa di belakang Maqam Ibrahim dan Multazam, meminum air zamzam digalakkan untuk dilakukan.

2. Selepas selesai melakukan tawaf wadak, jemaah pulang ke hotel hanya menunggu bas untuk membawa mereka keluar dari Tanah Haram Mekah.