Tuesday, 2 April 2013

Mencuba Lebih Baik Dari Tidak Berbuat Apa-Apa

Assalamualaikum.. =)

Sebagai seorang manusia, pernah tak terlintas difikiran kita untuk melalui detik2 sukar, detik kesusahan, kepayahan dan sebagainya. Nobody wants to experience detik2 macam tu. Semua orang impikan nak hidup senang, gembira dan bahagia.. Tapi pernah tak terlintas jugak difikiran kita untuk mencuba ke arah itu??


Setakat cakap sahaja memang tak boleh.. "Bila lah nak rasa senang sikit..""Kenapa lah hidup aku ni tak berubah, dari dulu sampai sekarang tak pernah senang.." 

Kita kena keluar dari kepompong sebegini. Langkah pertama yang kita perlu buat ialah MENCUBA,,!!! Kalau kita sentiasa diselubungi rasa takut nak mencuba, sampai bila2 lah kita akan bawa ayat2 diatas tu bersama2 kita sepanjang hidup ini. 

Kegagalan yang terbesar apabila kita gagal untuk mencuba dan hanya menunggu keajaiban datang menyenangkan hidup kita. It is impossible..


Apabila kita mula mencuba, always tanamkan dalam diri.. "Aku tak akan berhenti mencuba, aku tak boleh fikir yang aku tak ada peluang untuk menang, untuk senang.." kata-kata dan pendirian yang positif menjadi dinding paling kuat agar semangat tak rapuh. So, make sure stay POSITIVE..!!


Ahha.. tu dia.. Memang lah tak ada seorang manusia pun yang tak pernah gagal. Gagal itu biasa, gagal lah yang membawa kita kepada kejayaan sebenarnya. Kerana gagal dalam percubaan lah yang memberitahu kita bahawa kita harus mencuba cara yang lain. Sekurang2nya kita mencipta HARAPAN dan IMPIAN.. 

Tapi kalau kita tak mencuba langsung, kita memang sedia maklum tahu yang kita tak akan ke mana-mana. Harapan dan impian lagi lah tak ada kan??


I just love this quotes.. Setiap kejayaan yang tercipta bermula dengan membuat keputusan untuk MENCUBA.. Kalau lah Sir Kolonel tu tak ketuk pintu rumah orang 1000 kali untuk memperkenalkan ayam gorengnya, do you think that u will enjoy eating in KFC today?? 

Tak ada kejayaan yang datang dengan mudah. Bila kita mencuba dan gagal, kita muhasabah diri balik.. "adakah aku sudah lakukan yang terbaik dalam percubaan ini?.."

Dan jangan sesekali takut untuk mencuba bila peluang ada di depan mata.. Kenapa perlu takut, adakah kita boleh ramal.. "Oh.. aku tak yakin dan tak mungkin aku boleh buat macam tu.." atau "emm... mustahil lah orang macam aku ni nak jadi macam tu.. aku hanya ditakdirkan untuk menjadi orang yang biasa2 sahaja.." 

COME ON.. WAKE UP..!!!!!!!!!

Whatever u do in your life, only u can make sure it happens.. Struggling with efforts and Doa, In Sha Allah YOU CAN..!!!

Believe in yourself, stay positive, be 'just do it' person, ignore all negativity... Just aim and dream one thing..

I WILL TRY THIS AND MAKE SURE THAT I WILL SUCCEED