Wednesday, 8 January 2014

Resepi Tom Yam Ayam Thai..

Assalamualaikum...

Haaiii uolls... today masuk bab ibu2 sikit which is I nak kongsikan resepi Tom Yam yang I cedok dari internet sebenarnya tapi I olahkan sikit bahan2 dalam tom yam ni untuk bagi kelainan sikit.. Haaa.. gitew lah.. Biasa I makan Tom Yam di kedai yang agak cair bair.. But those yang suka Tom Yam yang rasanya agak strong dan pekat boleh cuba this recipe ok..

tom yam ayam

 Bahan2 Pes 
(blend semua bahan dan tumis dengan minyak sampai garing dan wangi)

10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 sudu cili boh
1 inci lengkuas
1 batang serai
6 helai daun limau purut
1 inci belacan bakar
sedikit udang kering

Bahan Sup

1/2 ekor ayam
1/2 biji bawang besar
1 mangkuk air
2 batang serai diketuk
5 helai daun limau purut
air asam jawa
1/2 sudu susu pekat bancuh dengan sedikit air
garam
limau nipis
Putik jagung
Bunga kobis
Lobak merah
2 biji tomato dibelah 4

Cara Masak

Once pes tu dah wangi dan garing, masukkan semangkuk air dan semua bahan2 sup tadi.. reneh selama lebih kurang 15 minit..

Senang kan??

kepekatan kuah, rasa masin dan masam bergantung pada citarasa masing2 ok.. selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment