Wednesday, 5 November 2014

Resepi Puding Chocolate Custard

Assalamualaikum uolls...

Rasanya dah lama sangat I tak update resepi kan. Baru2 ni I buat puding custard ni.. Actually dah berpuluh kali buat dah cuma tak pernah pulak nak share kat uolls. So I nak share resepi ni sebab the custard itself sangat2 creamy, soft, smooth, delicate, melt... ape lagi??? Hehehe.. ok lah give it try ya..!!!

resepi pencuci mulut

Bahan2 custard:

1 cawan tepung custard
1.5 cawan air
1.5 cawan susu segar Marigold HL
1 tin jagung krim/kernel
1 tutup esen vanila
6 sudu besar gula
sedikit garam (saya guna garam buluh :))

Bahan2 sos coklat:

1 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu pekat
3/4 cawan susu segar/krim

Cara sediakan custard:

1) Campurkan semua bahan custard dalam periuk yang tak digunakan untuk masakan pedas ya.

2) Gaulkan semua sampai tepung custard betul2 sebati bersama dan tak ada sisa di dasar periuk.

3) Masak atas api perlahan selama 30-40 minit sehingga custard pekat dan sedikit mendidih boleh padamkan api.

4) Masukkan dalam mangkuk atau acuan kesukaan dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara sediakan sos coklat:

1) Campurkan semua bahan, pastikan serbuk koko tak bergentel.

2) Rasa sikit sebelum masak atas api. Boleh adjust ikut kesukaan. Nak pahit sikit ke boleh tambah koko, nak milky sikit boleh tambah krim atau susu segar.. terpulang citarasa masing2..

3) Masak atas api perlahan sehingga mendidih.. tutup api dan sejukkan dulu. Then boleh tuang atas custard, sejukkan selama 4-5 jam..

4) Ready to eat.... nyum3...

No comments:

Post a Comment