Tuesday, 23 December 2014

Panduan Daftar Perniagaan SSM

Assalamualaikum uolls..

Lately macam kecoh sikit kan due to semua peniaga online macam I ni kena daftar perniagaan atau SSM.. So oleh sebab tak nak di ambil tindakan dan sebagainya, I register lah jugak. Memang ramai sangata kat Kaunter SSM semalam, semua muda2 lagi, bagus3.. muda2 lah kena usaha gigih berniaga kan.. Boleh agak dah semua tu peniaga online tu sebab macam lebih kurang je macam I, duk tunggu giliran semua mengahadap gadget.. ekekekeke..

daftar perniagaan

So nak bagi panduan sikit untuk peniaga online register SSM.. Maybe ramai yang belum tahu lagi, sebab before this I sendiri pun cedok ilmu di google jugak.. hehehe.. Senang je, just cari dulu kaunter SSM yang berhampiran dengan uolls, boleh rujuk kat sini http://www.ssm.com.my/hubungikami.php then cuma perlu bawa:

1) 1 keping salinan IC
2) Duit pendaftaran RM70 untuk nama tred / RM40 jika nama syarikat menggunakan nama sendiri.
3) 3 Nama possible syarikat anda

Bila dah sampai kaunter tu, senyum lah sikit.. hehe.. then cakap gini "Assalamualaikum puan/cik/encik.. saya nak BORANG PENDAFTARAN MILIKAN TUNGGAL"

Ok.. Borang cuma ada 3 borang saje, biasanya kat tempat kita nak isi borang tu dia ada tampal contoh panduan isi borang. Borang pertama tu dia akan minta kita masukkan 3 nama syarikat. Biasa kalau tak ada masalah dia akan tanya kita nak nama yang mana satu, kemudian nama yang kita bagi mestilah kita ketahui maksudnya, similar dengan bidang perniagaan. Contoh syarikat printing, "Media Creative Enterprise". Atau syarikat pakaian, "Gina Fashion Trading". Nama syarikat ni tak boleh berunsurkan politik atau menyentuh hal ehwal kerajaan.. gitteeww..

Then kita harus jelaskan bidang perniagaan kita mesti jelas, then tarikh mulakan perniagaan mesti diisi pada tarikh hari kita mendaftar.. ok tu jek.. senang kan. Bila semua dah diluluskan, kita kena tunggu sekejap sementara mereka print kita punya sijil..

daftar perniagaan ssm

Cuma nak story sikit, sekadar info tambahan. I ambil kesempatan jugak lah tanya about agent2 networking business macam Hai-O m\marketing ni kan memang WAJIB daftar jugak, asal ada komisen dari syarikat dan menjalankan urusan jual beli. katanya penjaja tepi jalan pun kena register jugak termasuk orang yang jual burger depan rumah.. Aisseeyyy..

So terpulang lah pada uolls macam mana.. But I suggest kalau seriously nak berniaga, better register saje. Later ada isssue tak lah susah kemudian hari kan.. Ok uolls, thanks sudi baca, harap berguna untuk kalian semua ya.. wassalam.

Thursday, 18 December 2014

GLAM Pretty Women Bersama Raisyyah Rania a.k.a Felixia Yeap

Assalamualaikum uollss..

Apa khabar semua?? GLAM tak today?? Cewahh.. nak sama macam tajuk entry pulak. Ok lah last Sunday I had an opportunity to join Big Event bersama Founder of GLAM CDM Hanis Haizi which is GLAM PRETTY WOMEN.

GLAM pretty women
  
Gitteeww gambar Raisyyah Rania terpampang besar kan.. Actually event ni main purpose adalah berkenaan product training, termasuk produk2 Hai-O yang terkenal seperti PREMIUM BEAUTIFUL CORSET, MARINE ESSENCE dan COZUMA. Uolls pernah dengar tak? kalau tak pernah kena cepat2 ambil tahu sebab totally 100% produk Hai-O tak sama dengan produk di pasaran luar. Sangat2 special dan kebanyakkan teknologi dah dipatentkan khas untuk Hai-O sahaja... WOW..!!!

premium beautiful

glam pretty women
Before make over dengan Cozuma Series

GLAM pretty women
After make over with Cozuma series
Tu di antara aktiviti ataupun training session yang kami pelajari. Sebelum sesi berakhir of course kami semua dapat bersama2 AMOI BERHIJAB Raisyyah Rania a.k.a Felixia Yeap berkogsi tentang definisi cantik dalam kesopanan untuk membina kerjaya sebagai seorang muslimah.. Memang best sangat dengar beliau berkongsi. Nanti I akan upload dekat youtube k darling2 semua.

GLAM pretty women

GLAM pretty women

GLAM pretty women

Of course we all ambil kesempatan bergambar dengan founder of GLAM sendiri iaitu CDM Hanis Haizi dan CDM Razali Zain.

GLAM pretty women

GLAM pretty women

GLAM pretty women

Alhamdulillah di penghujung majlis maka I dah disahkan oleh Syarikat Hai-O Marketing dan juga GLAM sebagai Agent Premium Beautiful yang bertauliah. So those yang nak beli corset make sure berurusniagalah dengan agent yang diktiraf supaya later tak ada masalah dengan purchasing, size tak kena, susah nak hantar servis dan sebagainya..


GLAM pretty women


FB: Chempaka Mohd Din
Instagram: @chempakamohddin
Call/sms/whatsapp/Telegram: 010-2311031

Monday, 8 December 2014

9 Kesilapan Besar Dalam Perniagaan

Assalamualaikum wbt..

Today I nak share hasil dari bahan bacaan Marketing Mastery Dr Azizan Osman. Hopefully dapat beri panduan buat peniaga atau bakal peniaga tentang kesilapan yang tak harus kita lakukan dalam perniagaan.

1) BILA BERNIAGA HILANG NILAI DALAM DIRI

Jangan berniaga semata2 untuk mendapatkan wang, tetapi macam mana kita boleh gunakan untuk menyumbang kepada yang perlu. Mulakan dengan niat berniaga untuk menyelesaikan masalah orang lain. Selalu bertolak ansur dan bermain dengan emosi untuk memenangi hati pelanggan.

2) BILA BERNIAGA HILANG TUMPUAN PADA PELANGGAN

Income kita datang dari poket customer, customer tak boleh touch n go. Jadi kawan kepada customer sepanjang masa, bina kumpulan2 customer berdasarkan product. Wujudkan group khas dalam buku supaya mudah untuk follow up.

3) BILA BERNIAGA TIADA PUBLISITI

Proses yg berterusan menyatakan kewujudan kita dalam perniagaan. Publisiti besar2an kepada public. Biz tanpa publisiti akan membunuh biz itu sendiri.. Tonjolkan keyakinan diri, be unique compare to competitors dan bina bisnes profile yg jitu. Takluk kawasan anda dengan publisiti.

publisiti perniagaan

4) BILA BERNIAGA TIADA KREDIBILITI

Untuk menjadi magnet kepada customer, customer harus meletakkan kepercayaan kepada kita berdasarkan kemampuan atau kredibiliti kita untuk sesuatu produk. Sejauh mana kita war war kan kredibiliti kita kepada public?? "My expertise is... Saya pakar dgn product.. saya specialist utk product... so bagaimana customer nak datang kepada kita?

5) BILA BERNIAGA TIADA KESERONOKAN DAN KEPUASAN

Hargai setiap perjalanan, menyatakan betapa pentingnya kita lakukan sesuatu yg kita suka. Raikan setiap hari,  berniaga sebagai satu momentum of motivation. Cari dan create keseronokan dlm perniagaan. Reward diri sendiri dan orang sekeliling atas pencapaian kita. Jika belum ada pencapaian dalam perniagaan, jadikan mentor atau peniaga berjaya sebagai bench mark. Tiru cara mereka memotivasikan diri, insyaAllah giliran anda akan sampai.

enjoy making money

6) BILA BERNIAGA TIADA PRODUK

Produk penting sebagai titik tolak dalam jualan.. produk dalam tangan yang banyak boleh jadi motivasi untuk diri sendiri upgrade marketing skills. Tanpa produk anda tidak akan berniaga malah hanya menunggu jika ada permintaan. Jangan salahkan  perniagaan jika anda tidak dapat buat duit dek kerana kesalahan diri sendiri. Jika tiada modal, Cari jalan alternatif untuk jadi agent jualan dropship sambil bina skill perniagaan.

7) BILA BERNIAGA TIADA POTENSI

Naikkan potensi diri bila berada dalam perniagaan yang berpotensi tinggi. Jadikan usahawan berjaya dalam industry yang sama sebagai idola.. watch and learn bagaimana beliau sampai ke tahap tertinggi, kita akan nampak sesuatu yang lebih besar. Potensi pada produk juga penting, pastikan produk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan terutama produk unik. Jadikan masalah pelanggan sebagai peluang perniagaan untuk memasarkan produk.

8) BILA BERNIAGA TIADA EMPIRE

Maksud di sini berniaga tak lebar dan labuh, dari mula sampai akhir berniaga seorang diri dan perniagaan tak luas.. Lihat syarikat gah di malaysia, KFC, Ariani, Restoran Subaidah.. merata seluruh malaysia. Bina empire dan bina kumpulan atau legacy yang besar. Baru boleh berada dalam puak peniaga kaya.

business empire

9) BILA BERNIAGA TIADA VISI

Tanpa visi bisnes berjalan tanpa hala tuju. Visi atau matlamat macam kemudi kapal. Bantu kita lebih focus untuk sampai ke destinasi. Bersikap optimis dan jangan ragu2 dengan visi sendiri. Jangan patah semangat jika tak tercapai visi, masa masih panjang ke depan untuk capai apa yang kita nak. Visi dengan niat yang baik, insya Allah.. Allah permudahkan jalan bagi kita.

kaya dan berjaya

Jangan putus asa jika gagal.. semoga kita semua kaya dan berjaya dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.. 

Thursday, 4 December 2014

Resepi Cinnamon Churros

Assalamualaikum...

Pagi tadi terasa rajin nak buatkan cik kakak Rara ni makan2.. Biasalah budak2 bukannya suka makan nasi sangat. Kalau rara tu suka makan noodle atau benda2 berasaskan tepung. Dek kerana tengok Channel AFC pagi tadi so I pun try lah buat Cinnamon Churos ni.. Ingatkan susah sangat, rupanya senang bangetttt...

resepi cinnamon churros

Bahan-bahan:

1 mug tepung gandum (diayak)
1 mug air
2 sudu besar gula
0.5 camca teh garam
2 sudu besar mentega/minyak zaitun
1 biji telur
1 tutup esen vanila.
(Kalau nak buat banyak boleh double triplekan adunan)

Cara sediakan:

1) Didihkan air bersama gula, garam dan butter.

2) Tuangkan air didih dalam tepung dan kacau dengan laju. (Jangan pelik kalau tepung macam crumble sikit)

3) Dalam bekas lain pukul telur dengan esen vanila (pukul guna fork je, tak payah pakai mixer)

4) Masukkan dalam crumble tepung yang panas dan ramas guna tangan perlahan2. (Boleh ramas depan kipas sebab adunan panas) atau boleh guna mixer pun tak ada masalah.

5) Masukkan dalam piping bag, boleh letak nozzle star, tak letak pun tak apa. So nanti jadi bentuk macam keropok lekor laa.. hehehe..

6) Panaskan minyak dalam kuali/periuk supaya goreng tenggelam. Then pipekan adunan secara memanjang2. Bila perang boleh angkat dan gaulkan dengan cinnamon sugar.

Cinnamon sugar tu senang je, 3 sudu besar gula halus campur dengan 1 camca kecil serbuk kulit kayu manis.. memang sedap buat classic style.

Buat sarapan pagi atau minum petang dengan suami dan anak2 memang terbbaaeeekkk... Selamat mencuba ya..!!!