Monday, 8 December 2014

9 Kesilapan Besar Dalam Perniagaan

Assalamualaikum wbt..

Today I nak share hasil dari bahan bacaan Marketing Mastery Dr Azizan Osman. Hopefully dapat beri panduan buat peniaga atau bakal peniaga tentang kesilapan yang tak harus kita lakukan dalam perniagaan.

1) BILA BERNIAGA HILANG NILAI DALAM DIRI

Jangan berniaga semata2 untuk mendapatkan wang, tetapi macam mana kita boleh gunakan untuk menyumbang kepada yang perlu. Mulakan dengan niat berniaga untuk menyelesaikan masalah orang lain. Selalu bertolak ansur dan bermain dengan emosi untuk memenangi hati pelanggan.

2) BILA BERNIAGA HILANG TUMPUAN PADA PELANGGAN

Income kita datang dari poket customer, customer tak boleh touch n go. Jadi kawan kepada customer sepanjang masa, bina kumpulan2 customer berdasarkan product. Wujudkan group khas dalam buku supaya mudah untuk follow up.

3) BILA BERNIAGA TIADA PUBLISITI

Proses yg berterusan menyatakan kewujudan kita dalam perniagaan. Publisiti besar2an kepada public. Biz tanpa publisiti akan membunuh biz itu sendiri.. Tonjolkan keyakinan diri, be unique compare to competitors dan bina bisnes profile yg jitu. Takluk kawasan anda dengan publisiti.

publisiti perniagaan

4) BILA BERNIAGA TIADA KREDIBILITI

Untuk menjadi magnet kepada customer, customer harus meletakkan kepercayaan kepada kita berdasarkan kemampuan atau kredibiliti kita untuk sesuatu produk. Sejauh mana kita war war kan kredibiliti kita kepada public?? "My expertise is... Saya pakar dgn product.. saya specialist utk product... so bagaimana customer nak datang kepada kita?

5) BILA BERNIAGA TIADA KESERONOKAN DAN KEPUASAN

Hargai setiap perjalanan, menyatakan betapa pentingnya kita lakukan sesuatu yg kita suka. Raikan setiap hari,  berniaga sebagai satu momentum of motivation. Cari dan create keseronokan dlm perniagaan. Reward diri sendiri dan orang sekeliling atas pencapaian kita. Jika belum ada pencapaian dalam perniagaan, jadikan mentor atau peniaga berjaya sebagai bench mark. Tiru cara mereka memotivasikan diri, insyaAllah giliran anda akan sampai.

enjoy making money

6) BILA BERNIAGA TIADA PRODUK

Produk penting sebagai titik tolak dalam jualan.. produk dalam tangan yang banyak boleh jadi motivasi untuk diri sendiri upgrade marketing skills. Tanpa produk anda tidak akan berniaga malah hanya menunggu jika ada permintaan. Jangan salahkan  perniagaan jika anda tidak dapat buat duit dek kerana kesalahan diri sendiri. Jika tiada modal, Cari jalan alternatif untuk jadi agent jualan dropship sambil bina skill perniagaan.

7) BILA BERNIAGA TIADA POTENSI

Naikkan potensi diri bila berada dalam perniagaan yang berpotensi tinggi. Jadikan usahawan berjaya dalam industry yang sama sebagai idola.. watch and learn bagaimana beliau sampai ke tahap tertinggi, kita akan nampak sesuatu yang lebih besar. Potensi pada produk juga penting, pastikan produk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan terutama produk unik. Jadikan masalah pelanggan sebagai peluang perniagaan untuk memasarkan produk.

8) BILA BERNIAGA TIADA EMPIRE

Maksud di sini berniaga tak lebar dan labuh, dari mula sampai akhir berniaga seorang diri dan perniagaan tak luas.. Lihat syarikat gah di malaysia, KFC, Ariani, Restoran Subaidah.. merata seluruh malaysia. Bina empire dan bina kumpulan atau legacy yang besar. Baru boleh berada dalam puak peniaga kaya.

business empire

9) BILA BERNIAGA TIADA VISI

Tanpa visi bisnes berjalan tanpa hala tuju. Visi atau matlamat macam kemudi kapal. Bantu kita lebih focus untuk sampai ke destinasi. Bersikap optimis dan jangan ragu2 dengan visi sendiri. Jangan patah semangat jika tak tercapai visi, masa masih panjang ke depan untuk capai apa yang kita nak. Visi dengan niat yang baik, insya Allah.. Allah permudahkan jalan bagi kita.

kaya dan berjaya

Jangan putus asa jika gagal.. semoga kita semua kaya dan berjaya dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.. 

No comments:

Post a Comment