Tuesday, 23 December 2014

Panduan Daftar Perniagaan SSM

Assalamualaikum uolls..

Lately macam kecoh sikit kan due to semua peniaga online macam I ni kena daftar perniagaan atau SSM.. So oleh sebab tak nak di ambil tindakan dan sebagainya, I register lah jugak. Memang ramai sangata kat Kaunter SSM semalam, semua muda2 lagi, bagus3.. muda2 lah kena usaha gigih berniaga kan.. Boleh agak dah semua tu peniaga online tu sebab macam lebih kurang je macam I, duk tunggu giliran semua mengahadap gadget.. ekekekeke..

daftar perniagaan

So nak bagi panduan sikit untuk peniaga online register SSM.. Maybe ramai yang belum tahu lagi, sebab before this I sendiri pun cedok ilmu di google jugak.. hehehe.. Senang je, just cari dulu kaunter SSM yang berhampiran dengan uolls, boleh rujuk kat sini http://www.ssm.com.my/hubungikami.php then cuma perlu bawa:

1) 1 keping salinan IC
2) Duit pendaftaran RM70 untuk nama tred / RM40 jika nama syarikat menggunakan nama sendiri.
3) 3 Nama possible syarikat anda

Bila dah sampai kaunter tu, senyum lah sikit.. hehe.. then cakap gini "Assalamualaikum puan/cik/encik.. saya nak BORANG PENDAFTARAN MILIKAN TUNGGAL"

Ok.. Borang cuma ada 3 borang saje, biasanya kat tempat kita nak isi borang tu dia ada tampal contoh panduan isi borang. Borang pertama tu dia akan minta kita masukkan 3 nama syarikat. Biasa kalau tak ada masalah dia akan tanya kita nak nama yang mana satu, kemudian nama yang kita bagi mestilah kita ketahui maksudnya, similar dengan bidang perniagaan. Contoh syarikat printing, "Media Creative Enterprise". Atau syarikat pakaian, "Gina Fashion Trading". Nama syarikat ni tak boleh berunsurkan politik atau menyentuh hal ehwal kerajaan.. gitteeww..

Then kita harus jelaskan bidang perniagaan kita mesti jelas, then tarikh mulakan perniagaan mesti diisi pada tarikh hari kita mendaftar.. ok tu jek.. senang kan. Bila semua dah diluluskan, kita kena tunggu sekejap sementara mereka print kita punya sijil..

daftar perniagaan ssm

Cuma nak story sikit, sekadar info tambahan. I ambil kesempatan jugak lah tanya about agent2 networking business macam Hai-O m\marketing ni kan memang WAJIB daftar jugak, asal ada komisen dari syarikat dan menjalankan urusan jual beli. katanya penjaja tepi jalan pun kena register jugak termasuk orang yang jual burger depan rumah.. Aisseeyyy..

So terpulang lah pada uolls macam mana.. But I suggest kalau seriously nak berniaga, better register saje. Later ada isssue tak lah susah kemudian hari kan.. Ok uolls, thanks sudi baca, harap berguna untuk kalian semua ya.. wassalam.

No comments:

Post a Comment