Thursday, 4 December 2014

Resepi Cinnamon Churros

Assalamualaikum...

Pagi tadi terasa rajin nak buatkan cik kakak Rara ni makan2.. Biasalah budak2 bukannya suka makan nasi sangat. Kalau rara tu suka makan noodle atau benda2 berasaskan tepung. Dek kerana tengok Channel AFC pagi tadi so I pun try lah buat Cinnamon Churos ni.. Ingatkan susah sangat, rupanya senang bangetttt...

resepi cinnamon churros

Bahan-bahan:

1 mug tepung gandum (diayak)
1 mug air
2 sudu besar gula
0.5 camca teh garam
2 sudu besar mentega/minyak zaitun
1 biji telur
1 tutup esen vanila.
(Kalau nak buat banyak boleh double triplekan adunan)

Cara sediakan:

1) Didihkan air bersama gula, garam dan butter.

2) Tuangkan air didih dalam tepung dan kacau dengan laju. (Jangan pelik kalau tepung macam crumble sikit)

3) Dalam bekas lain pukul telur dengan esen vanila (pukul guna fork je, tak payah pakai mixer)

4) Masukkan dalam crumble tepung yang panas dan ramas guna tangan perlahan2. (Boleh ramas depan kipas sebab adunan panas) atau boleh guna mixer pun tak ada masalah.

5) Masukkan dalam piping bag, boleh letak nozzle star, tak letak pun tak apa. So nanti jadi bentuk macam keropok lekor laa.. hehehe..

6) Panaskan minyak dalam kuali/periuk supaya goreng tenggelam. Then pipekan adunan secara memanjang2. Bila perang boleh angkat dan gaulkan dengan cinnamon sugar.

Cinnamon sugar tu senang je, 3 sudu besar gula halus campur dengan 1 camca kecil serbuk kulit kayu manis.. memang sedap buat classic style.

Buat sarapan pagi atau minum petang dengan suami dan anak2 memang terbbaaeeekkk... Selamat mencuba ya..!!!

No comments:

Post a Comment