Friday, 11 December 2015

Dapur Chempaka: Projek Roti Dan Kek

Assalamualaikum..

Happy weekend everyone..!!!!!
Today nak share sikit cerita beberapa hari lepas the time we spent together dengan adik & anak, tak ada lain bila boleh sama2 main masak2 kat dapur.. hehehe.

Ok last week kitorang buat roti, sebenarnya my sister nak belajar buat pizza so tiba2 dia menyebok lah duk rumah saya beberapa hari, macam2 dia suruh saya buat.. cam bibik uolls.. hahahaha.. Takde lah gurau jek.. ekekeke..

pizza sausage mashroom

roti gebu

Resepi Bacic Doh Roti Gebu

1 paket yis rendam dgn air suam. Yis berbuih tanda aktif & tak rosak

Dalam mangkuk besar campur semua bahan kat bawah ni

2 mug tepung (boleh tmbh bijirin kalau suka)
3 sudu gula
1/2 camca garam
2 sudu butter dicairkan
1/2 camca oregano (optional flavor- sedap untuk pizza)
1 biji bawang putih (optional flavor - sedap untuk pizza)
1 biji Telur (optional-xletak pun xpe)
1/2 camca soda bikarbonat
1/2 camca bread improver
1/2 camca dough softerner (xde pun xpe)
Air suam

Campur semua & uli. Tutup dgn kain biarkan 1 jam.
Dah gemuk tumbuk2kan dan uli semula utk buang angin2 dlm doh.
Bulat2kan kecik2 susun rapat2 dalam loyang. Tutup & biarkan naik lagi skali dalam 1/2 jam - 45 minit.
Sebelum bakar sapu permukaan roti dengan susu segar.
Bakar suhu 180°C api bawah 10 minit, tukar api atas bwh 10 minit lagi.
Siap..

Kalau pizza tu boleh buat topping ikut suka hati.. hehehe..


kek pisang oreo
kek pisang choc chip



Kek Pisang Gebu Gebasss Terbabasss

2 cawan tepung gandum diayak
1 cawan gula halus
4 biji pisang blend dengan 1/2 cawan susu segar
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
1 camca soda bikarbonat
1 camca baking powder
ovellet
esen vanilla
sedikit garam

Dalam 1 mangkuk besar, satukan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder & garam.
Pukul gula dengan telur sampai kembang, ovellet & pukul rata.
Masukkan esen vanilla, minyak & pisang.. gaul rata.
Last masukkan campuran tepung. Dah rata stop gaul, jangan gaul lama2 selepas masukkan tepung.

glaze loyang dengan minyak, bakar suhu 180 degree celcius api atas bawah selama 40-50 minit.

Selamat mencuba ya...

No comments:

Post a Comment