Monday, 21 December 2015

Melantak Steak Hub Melaka

Assalamualaikum..

Hai semua.. Feberet sangat2 kalau nak cerita bab2 makan ni kan. Sama lah dengan iolls memang penggemar makanan. Belum sempat habis nasi dalam pinggan dah ligat fikir esok nak masak apa pulak.. ekekeke.. So harini nak sangat share 1 tempat makan ni yang rasanya dah popular dah kat Melaka ni sebab 1 masa dulu pernah Viral 1 kes pasal makan steak sampai RM10k.. APE HAL?? hahaha.. Tapi tak nak lah cerita yang tu kan, rasa semua tahu dah.

Ni nak cerita anak didiknya ni buka 1 cawangan di Melaka pulak, selepas ke-popular-an Me'nate Steak Hub maka terbinalah MELANTAK STEAK HOUSE

melantak steak hub 1

melantak steak hub 2

Sebelum saya tulis lagi panjang2 nak bagitahu juga ye, ada gambar2 dalam ni yang saya cedok2 dari blogger lain sebab saya ni pemalu orangnya nak snap2 gambar dalam kedai.. hehehe.. Terima kasih saya ucapkan..

Sebenarnya jangan lah rasa takut sangat nak cuba makan kat sini sebab kita boleh pilih apa yang kita nak makan berdasarkan harga yang dah diberi. So takdelah lepas makan buat2 terperanjat kena bayar mahal2 ribu riban kann...

melantak steak hub 3
Yang ni kambing mmbeekk.. mmbeekk..
melantak steak hub 4
Yang ni beef pelbagai jenis & portion
Nampak tak setiap plastik tu dah disiapkan harga untuk 1 set tau termasuk mash potato & coleslaw sekali. So ikut kita lah nak pilih yang mana 1. Ikut pengalaman saya dah 2 kali datang sini, mula2 saya cuba striploin jenis grass feed. Agak liat sikit, tapi flavour is there.. jenis ni murah sikit around RM30 1 set.

Then kali kedua saya cuba rib eye jenis black angus. Yang ni sangatlah lembut sampai tekenang2 berminggu, rasa pun kurang beefy tak muak. Harga around RM90 1 set. Dia punya mash potato & coleslaw memang cenggini TEERRRBAIIKKK..

Iolls ni tak makan kambing, tapi kat sini ada jugak seafood macam salmon grill, sotong putih panjang sekaki pun hado tau. Hidangan untuk kanak2 pun ada macam burger, meatball pun boleh tahan sedap. So boleh cuba mana2 berkenan di hati.

melantak steak hub
Kali pertama cuba striploin jenis grass feed
melantak steak hub 5
Kali kedua cuba rib eye jenis black angus

Tempat makannya pun selesa jugak, air boleh refill, tapi biasalah manusianya ramai kadang2 kena bersabar sikit.

melantak steak hub 6

melantak steak hub 8

melantak steak hub 9

Sekian dulu corat coret iolls hari ni. Next time saya share tempat makan lain pulaks ye. Jangan lupa try datang makan kat sini, bawak family & anak2 seronok rehat2, makan2 sama2 menternak lemak.. hahaha. kbai...


No comments:

Post a Comment