Wednesday, 16 December 2015

Langkah Pertama Teknik Pemasaran Online Di FACEBOOK

Assalamualikum uolls..

Teknik pemasaran online (Online Marketing) sangat2 popular dan jadi tumpuan semua entreprenuer baik produk ataupun perkhidmatan. Tapi ramai jugak yang kurang tahu fundamental pemasaran online yang berkesan.

Sepanjang 3 tahun saya menjalankan perniagaan, since hari pertama saya sign up borang, medium pertama yang saya guna untuk pasarkan produk adalah FACEBOOK

Berkat tunjuk ajar mentor yang memang pakar dengan social media marketing, now masih bertahan Alhamdulillah.. So sikit sebanyak saya nak kongsi ilmu fundamental yang saya belajar dan masih saya praktikkan sampai ke hari ini. Nama pun fundamental kan, sedikit sebanyak boleh membantu usahawan2 tanpa mentor  yang baru berjinak2 dengan medium online. 

facebook online marketing


1. DISPLAY

>> Nama anda yang mudah dikenali umum mestilah jelas. To make people trust you. Contoh saya menggunakan nama sebenar Chempaka Mohd Din kerana nama kita adalah "personal branding". Customer mengenali anda kerana Product/Service yang anda tawarkan.

>> Profile picture adalah close up gambar anda sendiri, tidak menggunakan gambar produk atau selain gambar anda seperti contoh gambar bunga, kucing, gambar anak dan sebgainya adalah kurang effektif.

>> Cover photo adalah gambaran diri anda, gambaran matlamat & impian anda. Jangan guna gambar produk di cover photo kerana tanggapan pertama rakan2 facebook baru berkenaan anda adalah semata2 ingin menjual barang. Berikan sesuatu gambar yang membuatkan orang teruja & curious nak tahu tentang diri anda, menambah possibilities untuk anda dapat lebih ramai friendlist.

>> Info details diri anda jelas melambangkan diri anda, lokasi anda & pekerjaan anda. Kebanyakkan orang berkerjaya jugak menjalankan perniagaan online secara part time. Ini membolehkan customer lebih kenal & percaya untuk berurusan dengan anda.

chempaka mohd din facebook

2. STATUS / POST

>> Konsisten update sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Disebabkan pengguna facebook yang berjuta2 orang dalam Malaysia, kegagalan untuk konsisten update menyebabkan post/status kita jatuh menjunam ke bawah ditenggelami newsfeed.

>> Status2 yang positif dengan kata2 yang baik. Elakkan marah2 atau beremosi di wall anda. Anda mesti tak mahu menggambarkan personal branding yang menjejaskan characteristics anda sendiri bukan? Emosi di wall facebook boleh mempengaruhi pelanggan yang mungkin akan teragak2 untuk mendapatkan khidmat anda pada waktu itu kerana dikhuatiri akan mendapat layanan buruk juga.

>> Pelbagaikan status anda bukan 100% produk kerana boleh membuatkan friend facebook anda merasa bosan bila wall anda tiada keistimewaan untuk di "follow". Cuba pelbagaikan dengan perkongsian yang informative. Contoh: Aktiviti seharian anda, tempat makan menarik, berita2 sensasi, kongsi video berguna, fashion, kongsi interest, impian dan matlamat anda juga boleh meletakkan anda sebagai seorang usahawan berkarakter tinggi.

>> Lebihkan gambar berbanding ayat. Zaman sekarang serba serbi tak sempat, dan customer kurang berminat untuk baca ayat2 di status anda yang panjang lebar. Sekeping gambar/poster menarik boleh mematahkan seribu kata2.

>> Gunakan FULL WORDS ketika menulis status. Elakkan menggunakan shortform seperti: xboleh, mcm, spt, tgu, tgk etc. Juga elakkan ejaan yang kurang difahami seperti: niey, kitew, jew, tue, boley etc. Penulisan seperti ini menunjukkan anda "MALAS" dan kurang bersungguh2.

>> Sertakan No Handphone anda setiap kali membuat post berkaitan produk/servis. Kadang2 customer malas untuk scroll dan mencari2 di mana anda tuliskan no telefon untuk dihubungi.

3. Album Produk

>> Wajib untuk ada album product yang khusus.
Contoh album : Premium Beautiful Corset
Contoh album : Testimoni Premium Beautiful Corset
Contoh album : Majlis Pelancaran PB Elegance

>> Upload gambar sedikit-sedikit dalam tempoh yang panjang. Sebagai contoh anda boleh masukkan 5 keping gambar dahulu dalam album anda hari ini, esok anda boleh masukkan 5 lagi gambar kerana berkemungkinan customer yang tidak nampak post hari ini akan tengok kesemua 10 gambar pada hari esok.

>> Caption dalam setiap album mestilah tak terlalu panjang tetapi informative untuk customer jelas tentang product tersebut.

4. TIPS MARKETING
marketing on facebook
>> Add mutual friend setiap hari.

>> Jangan tag kawan2 anda di post, tindakan ini boleh membuatkan kawan2 anda rasa terganggu bila personal wall mereka dibanjiri dengan produk2 anda.

>> Personal/bulk massage rakan2 anda tentang promosi adalah dibolehkan tetapi tidak terlalu kerap.

>> Like & Comment status2 rakan anda di wall rakan anda jika anda ingin post2 anda mendapat like & comment juga. ingat, like dari rakan2 anda membolehkan post tersebut naik semula di newsfeed.

>> Bagi yang kurang masa, anda boleh like gambar2 anda yang lama. Gambar2 tersebut akan naik semula di newsfeed.

>> Comment atau menyapa rakan2 yang telah like status  produk anda. Contoh post breakfast dengan mineral coffee: hai siti.. dah breakfast ke?? breakfast apa hari ni??

>> Share post lama/post dari kawan2 anda tentang produk yang sama. Jangan takut share dari orang lain, takut customer lari ke another seller. Jika cara kita betul, insyaAllah customer lebih mempercayai kita.

facebook marketing


Rasanya setakat ni dulu fundamental facebook marketing. Next time saya akan share online marketing secara "internal & psycho"

Mudah2an bermanfaat insyaAllah.. For those yang sama2 mencari peluang perniagaan dan menjana income serta mendapatkan power personal coaching bersama saya dalam GLAM dan Syarikat Sahajidah Hai-O, saya sangat alu2kan untuk recruit agent2 baru dan berkongsi teknik2 marketing & networking.

More info boleh direct contact ke 010-2311031.

Wassalam..